More
    Home Malaysia Masyarakat Islam diseru pertahan prinsip agama yang menjadi tonggak keharmonian

    Masyarakat Islam diseru pertahan prinsip agama yang menjadi tonggak keharmonian

    KOTA SAMARAHAN, 25 FEBRUARI 2025: Masyarakat Islam di Sarawak perlu mempertahankan prinsip agama yang menjadi tiang utama kemakmuran manusia bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian negeri terus terpelihara.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata prinsip ini selari dengan kandungan ayat dalam Surah Al-Imran yang menekankan lima prinsip utama dalam kehidupan umat Islam.

    “Kita menyeru kepada Amal Makmur dan menjauhi daripada Amalan Mungkar.

    “Ayat tersebut juga menuntut bagi kita umat Islam kepada lima prinsip hidup kita, yang pertama kita pertahankan agama kita yang menjadi tiang asas memakmurkan umat manusia,”katanya ketika berucap pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64, pada Isnin.

    YAB Premier merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64-Foto UKAS

    Tambah beliau, selain dalam mempertahankan agama, umat Islam juga perlu menjaga corak kehidupan, terutama dari sudut sosial dan ekuiti, kerana ia melibatkan hubungan antara sesama manusia.

    Prinsip ini amat penting dalam konteks Sarawak sebagai negeri yang berbilang kaum dan agama.

    Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan mempertahankan akal intelek yang dianugerahkan oleh Allah bagi menghadapi cabaran kehidupan seharian.

    “Ini termasuk usaha kerajaan dalam memperkasa pendidikan Islam melalui penubuhan Sekolah Antarabangsa Islam dengan peruntukan RM95 juta, bertujuan melahirkan generasi Muslim yang seimbang dalam ilmu agama dan akademik.

    “Prinsip keempat pula berkaitan dengan pemeliharaan keturunan dan institusi keluarga dalam Islam, manakala prinsip kelima menuntut umat Islam agar mempertahankan harta benda serta sumber kekayaan yang dimiliki, termasuk menjaga alam sekitar,” jelas beliau lanjut.

    Dalam konteks ini, beliau menekankan kepentingan pembangunan lestari melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen, sejajar dengan usaha Sarawak mengurangkan pelepasan karbon.

    Turut hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak merangkap Penasihat Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64; Datuk Misnu Taha, Timbalan-Timbalan Menteri serta Dif-Dif kenamaan yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Masyarakat Islam diseru pertahan prinsip agama yang menjadi tonggak keharmonian

    0
    KOTA SAMARAHAN, 25 FEBRUARI 2025: Masyarakat Islam di Sarawak perlu mempertahankan prinsip agama yang menjadi tiang utama kemakmuran manusia bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian...