More
    Home Sarawak Samarahan Masjid Al-Muttaqin, Samarahan kini berwajah baharu dengan kapasiti jemaah lebih banyak

    Masjid Al-Muttaqin, Samarahan kini berwajah baharu dengan kapasiti jemaah lebih banyak

    KOTA SAMARAHAN, 16 MAC 2021 (SNN) : Masjid Al-Muttaqin, Kota Samarahan kini dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naiktaraf dan baik pulih struktur bangunan itu yang bermula sejak akhir tahun 2019 lalu hampir siap sepenuhnya.

    Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang, impian menaiktaraf masjid berkenaan adalah hasrat bersama Lembaga Amanah Masjid Samarahan yang berusaha memastikan agar keselesaan jemaah yang datang menunaikan ibadah di masjid itu sentiasa diutamakan. Tidak hanya itu, masyarakat di sekitar Samarahan juga mahu masjid yang merupakan mercu tanda Islam di Bahagian Samarahan berkenaan menjadi suatu tarikan unik kepada pengunjung luar.

    Kata beliau, kerja-kerja naiktaraf masjid ini setelah siap kelak mampu menampung kapasiti hampir 1,600 jemaah dalam satu-satu masa serta dewan utama sembahyang yang besar turut dilengkapi dengan sistem penghawa dingin serta kelengkapan dibeberapa ruang yang lain untuk aktiviti keagamaan.

    Beliau berkata sedemikian semasa mengiringi Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi yang mengadakan lawatan ke Masjid Al-Muttaqin pada Khamis lalu.

    Ahli Parlimen Samarahan mengiringi Datuk Dr Abdul Rhaman Junaidi melihat perkembangan kerja naik taraf masjid Samarahan

    Harapan beliau, diharapkan dengan usaha penambahbaikan masjid serta kelengkapan di dalam bahagian masjid ini kelak dapat meningkatkan aktiviti pengimarahan masjid serta majlis-majlis ilmu seperti ceramah perdana, sambutan hari kebesaran Islam dan majlis keagamaan rasmi dijalankan dengan lancar di masa akan datang.

    Turut hadir sama mengiringi Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS); Datu Misnu Taha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS); Ustaz Khalidi Ibrahim.-SUMBER: Pusat Khidmat Rakyat P197 Kota Samarahan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...