More
    Home Mangsa kereta dihempap cerucuk besi akan dibantu dapatkan tuntutan sewajarnya-Datuk Julaihi

    Mangsa kereta dihempap cerucuk besi akan dibantu dapatkan tuntutan sewajarnya-Datuk Julaihi

    KUCHING, 11 JUN 2021 (SNN) : Pihak Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak bersedia untuk membantu mangsa insiden kereta dihempap besi cerucuk di pangkalan feri Rambungan, Lundu untuk mendapatkan tuntutan kerosakan yang sewajarnya.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, pihaknya akan membantu mangsa mendapatkan tuntutan yang sewajarnya di atas insiden yang berlaku baru-baru ini dan kerja-kerja pembinaan di situ turut di berhentikan serta merta sehingga siasatan selesai.

    “Kementerian kita telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk melakukan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian kerana ia melibatkan keselamatan pengguna di laluan feri berkenaan.

    “Sejurus menerima laporan berhubung insiden berkenaan, saya bersama pegawai lain terus ke lokasi bagi melihat dan mendengar sendiri penjelasan daripada pihak kontraktor, mangsa dan pihak pengusaha feri di situ,” katanya ketika ditemui media di pangkalan feri Rambungan pada Khamis.

    Dalam kejadian sekitar jam 8.27 pagi Rabu lalu, mangsa yang dikatakan hendak keluar dari feri tersebut tiba-tiba dihempap oleh sebatang besi cerucuk yang sedang diangkat menggunakan kren di tapak pembinaan jambatan Sungai Rambungan.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua mangsa terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan namun bahagian hadapan kereta rosak teruk.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Ilmu pendidikan merupakan ‘senjata’ utama dalam memperkasa daya saing agar tidak...

    0
    KUCHING, 24 APRIL 2025: Masyarakat Melayu di Sarawak perlu melengkapkan diri dan anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi memastikan mereka mampu bersaing...