More
    Home Sarawak Kuching Manfaatkan kemudahan jaringan telekomunikasi untuk tujuan perniagaan

    Manfaatkan kemudahan jaringan telekomunikasi untuk tujuan perniagaan

    KUCHING, 11 NOVEMBER 2024: Peniaga di bawah konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai terutamanya di Kampung Sungai Aur dan Kampung Telaga Air perlu memanfaatkan jaringan internet yang pantas untuk tujuan perniagaan.

    Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, peniaga di kawasan tersebut boleh menggunakan kelebihan internet yang pantas untuk menguar-uarkan perniagaan mereka melalui media sosial.

    “Ini susulan daripada pembinaan menara Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dilaksanakan di Kampung Sungai Aur yng mana para usahawan kecil di kampung kita termasuk di Kampung Sungai Aur ini dan juga lebih besar, Kampung Telaga Air seberang sana mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk perniagaan secara atas talian.

    “Jadi mereka boleh memasarkan produk tempatan kepada masyarakat luar terutama keunikan yang ada di kampung kampung sini,” jelas beliau semasa ditemui media selepas meninjau pengoperasian menara JENDELA fasa satu Kampung Sungai Aur, pada Ahad.

    Turut serta dalam tinjauan tersebut ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

    Mengulas lanjut mengenai perkembangan rangkaian internet, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu mendedahkan setakat ini kawasan tersebut telah menerima 100 peratus liputan capaian internet.

    “Untuk makluman, selesai saja menara ini maka di kawasan DUN kita di Pantai Damai hampir 100 peratus.

    “Kita ada banyak menara di sekitar kawasan, jadi ini yang terakhir untuk menjadikan ia 100 peratus menerima liputan internet,” jelasnya lagi.

    Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama baik bersama Kerajaan Persekutuan ini dapat dikekalkan agar harapan Sarawak untuk memastikan liputan internet ke seluruh wilayah ini menjelang 2028 dapat dicapai.

    Terdahulu, Fahmi memaklumkan projek Menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) di bawah Kerajaan Sarawak telah berjaya mengaktifkan operasi bagi sejumlah 325 daripada 600 menaranya-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...