More
    Home Malaysia Manfaatkan geran diberi oleh kerajaan sesuai dengan peeancangan-Julaihi

    Manfaatkan geran diberi oleh kerajaan sesuai dengan peeancangan-Julaihi

    SEBUYAU, 05 DISEMBER 2022 (SNN): Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dinasihatkan agar memanfaatkan peruntukan yang diberikan dengan sewajarnya.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, geran tersebut boleh digunakan untuk memperkasakan komuniti setempat.

    “Dengan adanya sumbangan geran sebegini, ia perlu digunakan dengan sebaik mungkin bagi menjalankan sebarang aktiviti atau program kebajikan yang bersesuaian di kampung masing-masing,” katanya ketika menyempurnakan sebuah majlis penyampaian geran di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau, Kampung Sampat Sebangan pada Ahad.

    Pada majlis itu, Datuk Julaihi telah menyampaikan geran MRP berjumlah RM364,000 kepada 35 penerima yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari sekitar kawasan DUN Sebuyau.

    Datuk Julaihi (tengah) bergambar bersama 35 wakil penerima geran MRP DUN Sebuyau.

    Beliau turut berkesempatan memperkenalkan Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau baharu iaitu Tahir Putih yang telah mula bertugas di Pejabat Daerah Sebuyau pada 1 Disember lepas.

    Turut hadir sama Penghulu Masyarakat Iban Kawasan Sebangan; Merum Babu, Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau; Abu Seman dan Ketua Masyarakat Kampung Sampat Sebangan; Martasan Bujang.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...