More
    Home Sarawak Kuching Makmal Prototaip IR4.0 mampu tingkatkan ekonomi Sarawak

    Makmal Prototaip IR4.0 mampu tingkatkan ekonomi Sarawak

    KUCHING, 14 JUN 2022 (SNN): Makmal Prototaip Revolusi Industri (IR) 4.0 yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC) akan membantu dalam pertumbuhan industri berkenaan di Sarawak.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Si (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, penubuhan makmal ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan strategi Ekonomi Digital negeri ini dan menjadi batu loncatan untuk Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

    “Melalui Makmal Prototaip IR4.0 ini, industri tempatan kita kini mempunyai kemudahan berpusat yang menyediakan penggunaan IR4.0 lengkap yang menyokong melonjakkan perniagaan mereka ke arah kesediaan IR4.0, sekali gus menjadikan mereka lebih berdaya saing di peringkat global dan seterusnya menarik pelaburan asing,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibaca oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi semasa majlis perasmian Makmal Prototaip IR 4.0 di Tegas Digital Village di sini pada Isnin.

    Datuk Julaihi (tengah) menyaksikan pertukaran MoU SDEC dengan MTDC.

    Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari, makmal ini juga memberi perkhidmatan kepada industri di negeri ini dengan menyediakan teknologi, pakar dan program pembangunan kapasiti tempatan untuk memupuk ekosistem Industri 4.0 yang komprehensif.

    “Kami ingin memastikan bahawa kita dilengkapi dengan keupayaan dan alatan yang betul untuk memastikan industri ini disokong dengan baik dalam kemajuan kepada transformasi digital,” ujar beliau lagi.

    Dalam majlis itu, Datuk Julaihi telah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan SDEC dengan Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC), Akar Indah Engineering Sdn Bhd, T-Robot Sdn Bhd dan 3D GENS Sdn Bhd.

    Selain itu, beliau juga menyaksikan pertukaran MoU antara SDEC dan tujuh universiti iaitu Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Singapura.

    Hadir sama Pengerusi SDEC; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi MTDC; Tan Sri Abd. Rahman Mamat.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...