More
    Home Sarawak Betong Majlis Tilawah Al-Quran platform lahirkan lebih ramai Qari, Qariah berkualiti selain pupuk...

    Majlis Tilawah Al-Quran platform lahirkan lebih ramai Qari, Qariah berkualiti selain pupuk rasa cinta membaca Al-Quran.

    DEBAK, 26 JULAI 2022 (SNN): Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Betong amat bermakna kepada semua masyarakat Islam di bahagian Betong khususnya di Daerah Debak selaras dengan hasrat bagi memupuk masyarakat cintakan Al-Quran.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam berkata, penganjuran program itu juga dapat melahirkan Qari dan Qariah berkualiti untuk mewakili bahagian Betong bertanding ke peringkat negeri nanti.

    Beliau berkata demikian semasa perbincangan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Betong Tahun 2022 di Dewan Millenia, Debak pada Isnin.

    Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Betong 1443H yang dipengerusikan oleh Timbalan Residen Betong pada Isnin.

    Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Betong yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ akan berlangsung pada 8 sehingga 9 September 2022 bertempat di Dewan Millenia, Debak.

    Terlebih dahulu acara saringan akan diadakan di beberapa lokasi bermula di Daerah Saratok pada 8-9 Ogos di Masjid Al Muhtadin Saratok, disusuli Daerah Kabong pada 10-11 Ogos di Dewan Balai Polis Kabong dan di Daerah Pusa dari 12-13 Ogos di Masjid Beladin Al Amin, Beladin.

    Hadir sama dalam perbincangan tersebut ADUN Kalaka; Mohamad Duri, Timbalan Residen Bahagian Betong; Mahra Salleh, wakil ADUN Kabong; Nur Elffi Amir serta wakil-wakil dari agensi kerajaan Betong.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...