More
    Home Sarawak Betong Majlis Khatam Al-Quran salah satu inisiatif terbaik didik anak muda melazimkan baca...

    Majlis Khatam Al-Quran salah satu inisiatif terbaik didik anak muda melazimkan baca Al-Quran

    KABONG, 21 JANUARI 2022 (SNN): Penganjuran Majlis Khatam Al-Quran pada setiap tahun harus dikekalkan sebagai usaha memupuk minat dan cinta anak muda kepada Al-Quran selain mendidik mereka dengan ilmu agama dalam kehidupan seharian.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir serta isteri menghadiri Majlis Khatam Al-Quran SK Haji Junid, Gerigat Tahun 2023 di Dataran SK Haji Junid Gerigat baru-baru ini berkata, majlis khatam yang dianjurkan kali ini menggariskan beberapa objektif seperti memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan seharian muslimin dan muslimat.

    Selain itu, ianya diadakan untuk mendekatkan para pelajar dengan Al-Quran serta untuk melahirkan pelajar yang dapat menghayati dan membudayakan Al-Quran dalam rutin harian dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan pelajar, guru, kakitangan sekolah serta komuniti.

    Majlis bermula sekitar jam 9 pagi dengan perarakan para peserta khatam mengelilingi kampung-kampung di Gerigat dan terdapat 7 buah sungan menyertai perarakan ini.

    Pada tahun ini, seramai 27 peserta mengambil bahagian dalam majlis tersebut dengan 12 daripadanya adalah peserta lelaki, manakala 15 peserta perempuan.

    Dalam ucapan perasmian, Mohd Chee juga telah mengumumkan beberapa projek di SK Haji Junid Gerigat di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Kabong untuk tahun 2023.

    Antaranya ialah membina Dewan Terbuka SK Hj Junid, Gerigat sebanyak RM200,000, membina astaka dan perparitan Padang Bola Sepak SK Hj Junid, Gerigat sebanyak RM150,000 dan membina Surau SK Hj Junid, Gerigat sebanyak RM250,000.

    Pada majlis sama, mohd Chee turut menyerahkan sumbangan geran kepada PIBG SK Hj Junid Gerigat sebanyak RM5000 bagi tujuan aktiviti semasa.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...