More
    Home Sarawak Kuching Majlis Jamuan Negeri sempena Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak disambut penuh...

    Majlis Jamuan Negeri sempena Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak disambut penuh gemilang

    KUCHING, 13 OKTOBER 2024: Majlis Jamuan Negeri bagi meraikan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar ke-78 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini malam tadi.

    Ketibaan beliau diiringi oleh isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi beserta iringan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

    Sambutan Hari Lahir Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi ke-78 turut menayangkan video khas berjudul ‘Dari Rimba Ke Astana’ yang memaparkan perjalanan beliau sebelum bergelar Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

    Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri meneyempurnakan upacara memotong kek sempena sambutan Hari Lahir ke-78-foto UKAS

    Dalam pada itu, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis tanah air iaitu, Herman Tino, Dayang Nurfaizah, Bob Yusuf, Gab, Mel Imran, Firdaus Materang dan Claudia serta persembahan khas daripada Bunga Citra Lestari.

    Hadir sama pada majlis ialah Timbalan Perdana Menteri; Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak serta tetamu kenamaan yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...