More
    Home Sarawak Kuching Majlis Hari Gawai Dayak peringkat Negeri Sarawak 2022 disambut penuh meriah

    Majlis Hari Gawai Dayak peringkat Negeri Sarawak 2022 disambut penuh meriah

    KUCHING, 28 JUN 2022 (SNN): Majlis Hari Gawai peringkat negeri Sarawak 2022 anjuran Orang Ulu pada malam Sabtu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) disambut penuh meriah dengan kehadiran lebih 1,200 tetamu dari pelbagai latar belakang kaum.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menjadi tetamu khas majlis berkenaan berkata, bersesuaian dengan tema kali ini ‘Unity In Diversity’ sambutan Hari Gawai 2022 peringkat negeri membuktikan rakyat Sarawak hidup makmur dan sejahtera walaupun berlainan kaum dan agama.

    “Inilah bukti kekuatan Sarawak kerana kita mampu meraikan perayaan bersama-sama seperti apabila tiba hari raya Aidilfitri ianya bahkan bukan sahaja disambut masyarakat Islam namun yang bukan Islam turut bersama-sama meraikannya.

    “Begitu pula apabila tiba Hari Gawai masyarakat Islam turut memberi sokongan padu dan beramah mesra ‘ngabang’ ke rumah rakan-rakan yang menyambutnya sebagai bukti kita ini sangat harmoni dan aman damai,” katanya ketika berucap pada Majlis Hari Gawai di BCCK pada Sabtu.

    Premier Sarawak bersama dif kenamaan lain menyaksikan simbolik ‘Gulung Tikai’ sebagai tanda penutupan sambutan Hari Gawai-Foto FB Datuk Julaihi.

    Majlis tersebut juga terus diserikan lagi dengan pelbagai persembahan tradisional masyarakat Orang Ulu seperti muzik Sape dan tarian ngajat lelaki dan wanita. Tidak hanya itu, masyarakat Dayak lain seperti Iban dan Bidayuh juga turut mempersembahkan tarian etnik masing-masing.

    Turut hadir sama, isteri Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, Timbalan Premier selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Gawai 2022; Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Msyarakat; Datuk Seri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imegresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN Mulu; Dato Gelawat Gala, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan; Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Dr Hazland Abang Hipni, Speaker DUN Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar dan dif-dif kenamaan yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...