More
    Home Sarawak Kuching MA63; Tuntutan Sarawak berdasarkan apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963

    MA63; Tuntutan Sarawak berdasarkan apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963

    KUCHING, 14 SEPTEMBER 2024: Tuntutan Sarawak terhadap hak-hak wilayah ini yang sudah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak sama sekali berniat untuk mencabar Perlembagaan Persekutuan.

    Sebaliknya, tuntutan yang telah ditunaikan setakat ini adalah untuk memperakui dan menjunjung hak serta keistimewaan yang telah dijanjikan dalam MA63 dalam penubuhan negara Malaysia.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan tuntutan Sarawak adalah sepenuhnya bertunjang kepada MA63 yang kekal sebagai asas kesatuan wilayah ini di mana perjanjian ini direka bentuk untuk memastikan kedudukan dan hak unik Sarawak dalam Malaysia dipelihara dan dihormati.

    “MA63 tidak direka untuk melemahkan Persekutuan tetapi untuk mengukuhkannya dan langkah kami (kerajaan Sarawak) baru-baru ini dalam menguruskan sumber asli kami adalah selaras sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan.

    “Sarawak jauh daripada melampaui batasnya dan kini sedang melaksanakan kuasa yang telah diberikan oleh perlembagaan,” katanya semasa Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024, pada Jumaat.

    Premier Sarawak menyempurnakan simbolik Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024-Foto UKAS

    Mengambil contoh, Tambah Abang Johari, isu pengurusan sumber asli seperti minyak dan gas di perairan Sarawak sudah termasuk dalam hak yang diiktiraf di bawah Perlembagaan dan wilayah ini berhak untuk menegaskan autonomi Sarawak dalam rangka kerja di peringkat Persekutuan.

    “Hak Sarawak ke atas pelantar di perairannya berakar umbi dalam preseden sejarah dan undang-undang, terutamanya Perintah Sarawak (Pengubahan Sempadan) dalam Majlis 1954 di mana perintah ini mengiktiraf kedaulatan Sarawak ke atas pelantar benuanya, mengukuhkan kuasa negeri kita ke atas sumber luar pesisirnya.

    “Dengan menegaskan hak-hak ini, Sarawak sama sekali tidak cuba untuk mengurangkan kuasa kerajaan Persekutuan tetapi sebaliknya menyumbang kepada kekuatannya dengan memastikan Sarawak dapat membangunkan sumbernya secara bertanggungjawab dan mampan,” tegas beliau lagi.

    Menjelas lanjut, beliau memberitahu adalah menjadi hasrat Sarawak untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan Malaysia secara keseluruhannya muncul sebagai kuasa yang ‘menggerunkan’ di rantau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan seterusnya.

    Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Negara; Senator Dato’ Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Rakyat; Tan Sri Dato (Dr) Johari Abdul, Speaker DUN Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia, Menteri Persekutuan dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kenamaan yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...