More
    Home Sarawak Limbang Loji Rawatan Air Trusan, Lawas baharu selesaikan isu bekalan air di Awat-Awat

    Loji Rawatan Air Trusan, Lawas baharu selesaikan isu bekalan air di Awat-Awat

    LAWAS, 26 MEI 2023 (SNN): Loji Rawatan Air Trusan, Lawas yang siap dinaiktaraf kapasiti daripada 20 MLD kepada 40 MLD (juta liter sehari) mula beroperasi dan menyelesaikan isu bekalan air terawat penduduk di sekitar kawasan Awat-Awat, Punang.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, loji baharu yang berkapasiti 20 MLD itu dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM33.2 juta menggunakan dana kerajaan Sarawak bagi menampung permintaan bekalan air terawat yang meningkat di kawasan Trusan.

    Katanya, dengan penambahan loji baharu dengan loji sedia ada ini mampu menyelesaikan masalah air yang berlaku sebelum ini di kawasan Awat-Awat, Punang sekaligus meningkatkan kualiti sistem bekalan air di Lawas.

    Julaihi (tengah) serta rombongan turut mengadakan lawatan di tapak prjek pembinaan Tangki Aras Tinggi di kawasan Sundar.

    “Projek naiktaraf loji ini merupakan projek di bawah Pakej NR4 yang diumumkan pada Mac 2020 bersama kerja-kerja naiktaraf Stesen Pam Penggalak, Pembinaan Tangki Aras Tinggi Awat-Awat, Naiktaraf sauran paip dan penggantian saluran paip yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2025.

    Beliau berkata sedemikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak Loji Rawatan Air Trusan baharu dan projek-projek bekalan air sekitar kawasan Sundar pada Khamis.

    Jelas Julaihi lagi, dengan siapnya keseluruhan projek itu nanti maka akan dapat menyelesaikan isu air yang berlaku sejak sekian lama di kawasan terbabit dan sebagai bukti komitmen kerajaan Sarawak untuk memastikan seluruh kawasan negeri ini mendapat bekalan air sepenuhnya.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Parlimen Lawas; Datuk Henry Sum Agong, SUT Kementerian; Jafri Lias, Pengarah JBALB Sarawak; Ir Chang Kuet Shian dan Residen Bahagian Limbang; Yunus Tambi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...