More
    Home Malaysia Loji Rawatan Air Biyai beri manfaat besar kepada penduduk Simanggang setelah siap...

    Loji Rawatan Air Biyai beri manfaat besar kepada penduduk Simanggang setelah siap proses naiktaraf-Julaihi

    SRI AMAN, 06 NOVEMBER 2022 (SNN): Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Bayai yang siap pada Disember 2021 lalu telah memberikan impak yang tinggi kepada lebih kurang 54,000 penduduk di bandar Simanggang dan kawasan sekitar, sekaligus menyelesaikan isu bekalan air di kawasan tersebut.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek naiktaraf Modiul 4 Loji Air Biyai itu telah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dengan kos sebanyak RM22 juta.

    “Secara umumnya, projek ini telah menambah kapasiti pengeluaran Loji Rawatan Air Bayai daripada 33.3 Juta Liter Sehari (JLS) kepada 53.3 JLS.

    “Penambahan kapasiti pengeluaran air ini telah berjaya memberi impak signifikan kepada peningkatan, penambahbaikan serta konsistensi sistem bekalan air terawat ke seluruh bandar Simanggang dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika berucap selepas merasmikan Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Bayai di sini pada Sabtu.

    Datuk Julaihi menyempurnakan simbolik perasmian Loji Air Biyai yang telah siap dinaik taraf sepenuhnya.

    Dalam pada itu, Datuk Julaihi memberitahu, pelaksanaan 14 projek bekalan air berimpak tinggi dengan jumlah keseluruhan kos pembinaan sekitar RM543 juta membuktikan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak serta Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menambahbaik sistem bekalan air sedia ada di bahagian Sri Aman.

    Beliau menjelaskan, sebanyak sembilan Projek Rakyat dan lima Projek KPLB telah dirancang dan dilaksanakan bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di bahagian itu.

    “Setakat ini, sembilan projek bernilai RM105 juta telah siap, dua projek bernilai RM129 juta sedang dalam peringkat pembinaan manakala tiga projek bernilai RM309 juta melibatkan satu Projek Rakyat oleh Kerajaan Sarawak dan dua projek KPLB adalah di bawah peringkat perancangan,” jelasnya lagi.

    Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sebuyau itu turut menyatakan, projek-projek yang dilaksanakan ini akan melibatkan pembinaan saluran paip baharu, pembinaan muka sauk baharu, projek menaik taraf loji-loji rawatan air, pembinaan tangka aras tinggi, pembinaan stesen pam penggalak, projek pemindahan air mentah serta pelaksanaan projek-projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

    Ujar beliau, JBALB Sarawak selaku agensi bertanggungjawab akan memastikan projek-projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di bahagian Sri Aman.

    Turut hadir sama ialah Pengarah JBALB Sarawak; Ir. Chang Kuet Shian, Residen Bahagian Sri Aman; Sirai Daha, Pengurus JBALB Wilayah Selatan; Ir. George Lee dan Jurutera Air Bahagian Sri Aman; Adzahari Baini.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...