More
    Home Sarawak Kuching Loji Rawatan Air Batu Kitang dinaik taraf bagi menampung peningkatan penggunaan bekalan...

    Loji Rawatan Air Batu Kitang dinaik taraf bagi menampung peningkatan penggunaan bekalan air Kuching-Samarahan

    KUCHING, 13 FEBRUARI 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak kini sedang menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang sebagai usaha menampung keperluan bekalan air yang semakin meningkat di sini.

    Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, kapasiti loji tersebut akan ditingkatkan kepada 984 juta liter sehari (MLD) berbanding 780 MLD pada masa ini.

    “Pada masa ini, kapasitinya ialah 780 MLD tetapi ia mengeluarkan 704MLD sekarang untuk memenuhi keperluan.

    “Lembaga Air Kuching (KWB) berusaha memenuhi keperluan dan jangkaan penduduk yang dianggarkan seramai 950,000 orang termasuk penduduk di Bandaraya Kuching, Samarahan, Puncak Borneo, Bau, Semarang dan kawasan-kawasan lain.

    “Maknanya liputannya sangat besar, sebab itu kita naik taraf Loji Rawatan Air Kuching-Batu Kitang kepada 984 MLD,” katanya ketika ditemui media pada Program Lawatan Teknikal Ke Loji Rawatan Air Batu Kitang pada Ahad.

    Datuk Julaihi bersama timbalan meninjau loji rawatan air yang akan dinaiktaraf bagi memenuhi permintaan bekalan air yang dijangka meningkat.

    Mengulas lanjut, Datuk Julaihi berkata, beberapa tahun akan datang akan memberi cabaran kepada KWB untuk terus menampung keperluan bekalan air yang meningkat memandangkan ia bertanggungjawab ke atas loji utama untuk wilayah selatan bagi Grid Air Sarawak.

    Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menyatakan bahawa margin rizab rawatan air berkesan semasa KWB kini hanya pada tahap 5 peratus.

    Oleh itu katanya, bagi membolehkan KWB memenuhi permintaan bekalan air, penyiapan Loji 2 yang dinaik taraf pada penghujung tahun ini amat kritikal bagi menyediakan tambahan bekalan sebanyak 104 MLD.

    Sementara itu beliau menegaskan, KWB harus melaksanakan setiap projek dengan berkesan dan tepat pada masanya bagi mengelakkan sebarang kekurangan bekalan air pada masa hadapan.

    Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta tetamu lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...