More
    Home Malaysia Loji Air Tanjung Manis Fasa1 hingga 7 yang telah siap bakal atasi...

    Loji Air Tanjung Manis Fasa1 hingga 7 yang telah siap bakal atasi isu bekalan air-Julaihi

    TANJUNG MANIS, 05 FEBRUARI 2023 (SNN): Projek Sistem Bekalan Air Tanjong Manis Pakej 1 hingga 7 yang telah siap akan menjadi penyelesaian kepada masalah bekalan air yang dihadapi di kawasan Kuala Rajang dan Tanjong Manis.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, Loji Rawatan Air Tanjong Manis di bawah Pakej 6 juga telah siap dan apabila beroperasi sepenuhnya kelak dapat membekalkan air bersih selepas memproses air mentah yang disalurkan dari Pakej 1 iaitu kolam pengambilan air mentah di kawasan Sungai Sadit.

    “Kos keseluruhan menyediakan Loji Bekalan Air Tanjong Manis itu berjumlah RM17 juta merangkumi baikpulih dan membetulkan komponen-komponen yang perlu ditukar bagi memastikan ianya dapat digunakan dan keseluruhan projek adalah baik.

    “Kita berharap ia akan menjadi penyelesaian jangka panjang terhadap masalah bekalan air di sini. Cuma beri sedikit masa untuk kita membolehkan Loji Bekalan Air Tanjung Manis ini dapat beroperasi sepenuhnya.

    “Mereka perlu mengadakan pemeriksaan dan menguji sistem paip yang ada bagi memastikan ia berada dalam keadaan sempurna untuk pengoperasian tersebut,” katanya kepada media semasa Lawatan Kerja ke Loji Rawatan Air Tanjong Manis pada Sabtu.

    Menurutnya, apabila Loji Rawatan Air Pakej 6 dapat pulih sepenuhnya, beliau percaya usaha untuk memulihkan paip sekarang tidak banyak masalah dan kita berharap operasi bekalan air berjalan seperti yang kita rancangkan.

    Tambahnya lagi, kawasan itu akan menerima dua sumber air termasuk Loji Rawatan Air Bayong yang masih menyalurkan bekalan air ke kawasan itu.

    “Loji Rawatan Air Tanjong Manis yang mempunyai kapasiti 30 MLD dan Loji Rawatan Air Bayong 70 MLD akan ditingkatkan kepada 100 MLD. Maknanya dikira 130 MLD itu banyak dan menjadi penyelesaian masalah bekalan air di kawasan ini,” jelas beliau.

    Terdahulu, Datuk Julaihi meninjau keadaan loji bekalan air fasa 1.

    Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah & Alam Sekitar Sarawak Datu Len Talif Salleh menyeru penduduk di kawasan Tanjong Manis atau Kuala Rajang untuk menyalurkan masalah bekalan air menggunakan saluran yang tepat.

    Katanya, pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) mempunyai perancangan jangka panjang untuk menyediakan bekalan air yang lebih terancang di kawasan itu.

    Sementara itu, Pengarah JBALB Sarawak Chang Kuet Shian berkata Kerajaan Sarawak komited untuk menambah baik infrastruktur dan sistem bekalan air di kawasan Kuala Rajang termasuk kawasan Sekumang, Tanjong Manis, Belawai, Jerijih, Rejang, Serdeng dan Pulau Bruit.

    Katanya, ia dizahirkan menerusi pelaksanaan berimpak tinggi iaitu Projek ‘Package 1 – Proposed Pipeline from Baji to Sekumang including Submarine Pipelines and Associated Works’ yang bernilai sekitar RM50.3 juta bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat.

    Tambah beliau, projek yang sedang dalam peringkat pembinaan ini dijangka mula beroperasi menjelang Mac 2023.

    Hadir sama Ahli Parlimen Tanjong Manis; Ir Yusuf Abdul Wahab serta Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Air Sibu; Jafri Lias.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...