More
    Home Sarawak Betong Litar Elektrik di kawasan luar bandar akan ditingkatkan bagi memastikan kelangsungan kuasa...

    Litar Elektrik di kawasan luar bandar akan ditingkatkan bagi memastikan kelangsungan kuasa terjamin

    BETONG, 26 JANUARI 2025: Peningkatan litar elektrik daripada satu fasa ke tiga fasa di kawasan luar bandar adalah langkah penting untuk memenuhi keperluan seiring perkembangan bilangan isi rumah, sekolah, pejabat, dan penggunaan perkakas elektrik moden.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menekankan bahawa ia adalah untuk memastikan kelangsungan kuasa tanpa gangguan, terutama di kawasan pedalaman seperti Betong yang sering menghadapi masalah litar putus.

    “Dari Zon Utara, Zon Tengah dan sekarang Zon Betong semua meminta litar tiga fasa, kerana litar satu fasa sudah tidak dapat menampung keperluan penduduk di kawasan luar bandar kerana keadaan dan ekonomi penduduk sudah meningkat.

    “Jadi, resolusi kita untuk menyelesaikan masalah ini ialah saya telah mengarahkan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk meningkatkan fasa litarnya, untuk menampung elektrik daripada 275 kilovolt (kV) kepada 500 kV supaya dapat membekalkan elektrik yang mencukupi,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Zon Betong, pada Sabtu.

    Barisan Tertinggi Parti PBB ketika majlis perasmian Mesyuarat Agung PBB bagi Zon Betong-foto UKAS

    Datuk Patinggi Abang Zohari merangkap Yang di-Pertua Parti PBB Sarawak turut memberitahu, peralihan daripada litar satu fasa ke litar tiga fasa ini juga diperlukan untuk menyalurkan tenaga elektrik dari solar terapung di Batang Ai ke kabel utama sebelum disalurkan ke setiap isi rumah di kawasan luar bandar.

    “Elektrik dari Batang Ai, kita memakai solar terapung yang merupakan yang terbesar di Malaysia dan dari sana, elektrik daripada solar itu tadi akan disalurkan melalui wayar utama di jalan raya, semua itu mengkehendakkan kuasa yang lebih besar, kabel wayar yang lebih besar kerana kalau kecil, ianya boleh hangus.

    “Jadi saya suruh naikkan ke 500 kV supaya elektrik daripada solar di Batang Ai itu tadi dapat disalurkan ke kawasan ini,” ujar beliau lagi.

    Turut hadir sama ialah Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Naib Yang di-Pertua Kanan Parti PBB Sarawak; Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Naib Yang di-Pertua Parti PBB Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Pengerusi Tetap Parti PBB Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Agung Parti PBB Sarawak; Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Pergerakan Wanita Parti PBB Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah serta dif kenamaan yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...