More
    Home Sarawak Kuching Liputan bekalan air luar bandar meningkat kepada 67.2 peratus setakat suku kedua...

    Liputan bekalan air luar bandar meningkat kepada 67.2 peratus setakat suku kedua tahun 2022-Julaihi

    KUCHING, 29 NOVEMBER 2022 (SNN): Liputan bekalan air luar bandar telah menunjukkan peningkatan daripada 61.9 peratus kepada 67.2 peratus daripada tahun 2018 setakat suku kedua tahun 2022.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata setakat ini liputan bekalan air bagi kawasan bandar telah mencapai 99 peratus yang menunjukkan jumlah keseluruhan bekalan air di Sarawak telah meningkat daripada 81.1 peratus kepada 83.7 peratus setakat suku kedua tahun 2022.

    Jelasnya, beberapa program telah dilaksanakan di bawah Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak bagi jangka pendek iaitu Program Grid Bekalan Air Sarawak, Program Sarawak Alternative Water Supply (SAWAS), Pengurusan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW), Pendigitalan Sistem Bekalan Air dan Kerja-kerja penambahbaikkan sistem bekalan air sedia ada.

    “Walaupun, menghadapi cabaran Pandemik COVID-19, kita bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan 74.0 pertaus iaitu sebanyak 220 buah projek daripada keseluruhan 298 buah projek.

    “Sebanyak 69 buah projek lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan manakala sembilan buah lagi dalam peringkat tender yang akan bermula pada tahun 2023,” katanya ketika membentangkan penggulungan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini pada Selasa.

    Sidang media Datuk Julaihi selepas membentangkan penggulungan di DUN Sarawak.

    Datuk Julaihi menambah, Pelan Induk Bekalan Air dan Grid kini memfokuskan ke fasa sederhana di mana Program Grid Bekalan Air, SAWAS, Pengurusan Air Tidak Terhasil( NRW) dan Pendigitalan Sistem Bekalan Air yang telah digariskan di bawah PCDS 2030.

    Bagi bekalan air jangka masa sederhana, kementeriannya memerlukan peruntukkan tambahan sebanyak RM19.2 billion untuk menjadikan anggaran keseluruhan sebanyak RM41.2 billion manakala sebanyak RM165 juta diperlukan bagi menjalankan kerja awalan kejuruteraan (Front End Engineering-FEE) yang melibatkan kerja siasatan tapak, survei dan reka bentuk awalan.

    “Sehingga kini sebanyak lima pakej SAWAS Fasa 1 bernilai RM50 juta telah siap dan telah memanfaatkan 594 isi rumah,Fasa 2 melibatkan pelaksanaan 22 pakej SAWAS bernilai RM135 juta dan 13 Pakej daripadanya telah siap yang akan memberi manfaat kepada 1,548 isi rumah,” katanya.

    Dalam perkembangan sama, Kementerian Utiliti bersama agensi bekalan air turut melaksanakan program pengurusan pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) secara hoslitik serta meningkatkan inisiatif dalam mendigitalkan sistem bekalan air seperti E-Utilities, iWater dan Service Sarawak bagi memudahkan urusan permohonan dan pembayaran bill.

    Selain itu, sebanyak 36,500 unit smart meter telah dilaksanakan di bahagian Kuching, Bau, Serian dan Samarahan dan akan diteruskan di seluruh Sarawak.

    Tambah Datuk Julaihi lagi, Kerajaan Sarawak turut perihatin dalam meringankan beban rakyat dengan melaksanakan Program Air Percuma (Free Water Programme) untuk RM5 pertama bill air domestik semenjak Januari 2020 dengan subsidi sebanyak RM84.4 juta.

    Mengulas lanjut, sebanyak 28 kawasan tadahan air telah diwartakan dan sedang mengambil langkah untuk mewartakan 42 kawasan tadahan air bagi melindungi serta memelihara sumber air mentah dalam memenuhi permintaan air pada masa akan datang.

    Jelasnya, penubuhan Satu Entiti Bekalan Air dan Badan Korporat Kawalseliaan (One Entity and Sate Water Authority as a Body Corporate) sedang dijalankan bagi menganalisa serta meneliti hasil kajian selaras dengan hala tuju transofrmasi industri air di bawah PCDS 2030 untuk mempertingkatkan keberkesanan serta kecekapan dalam pengurusan sumber air dan perkhidmaatan bekalan air.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROSNiaga ambil langkah segera atasi isu gangguan bekalan LPG

    0
    KUCHING, 10 FEBRUARI 2025 (SNN): Berhubung insiden tanah runtuh hingga menjejaskan Terminal LPG PUSAKA Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) baru-baru ini, PETROSNiaga telah mengambil...