More
    Home Sarawak Kuching Lima tahun pelaksanaan Program Ihya Ramadan AKYBMS beri makna besa kepada golongan...

    Lima tahun pelaksanaan Program Ihya Ramadan AKYBMS beri makna besa kepada golongan memerlukan

    KUCHING, 20 MAC 2024 (SNN): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) komited meneruskan Program Ihya’ Ramadan siri 1445H/2024H; SAMAkasih, SAMArasa bagi meringankan beban golongan memerlukan.

    Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr Sanib Said berkata, program itu telah diadakan selama lima tahun sempena mengimarahkan lagi bulan Ramadan disamping meringankan beban bagi mereka yang kurang bernasib baik.

    “Pada tahun ini, AKYBMS telah mengagihkan bantuan kepada 35 orang asnaf di setiap kampung dan antara kampung yang telah kami kunjungi iaitu pada semalam adalah Kampung Gumpey Simunjan dan Kampung Sageng Simunjan.

    “Hari ini (Rabu) kami akan melawat Kampung Gita Laut dan Kampung Kudei dan esok, kami akan melanjutkan perjalanan ke Maahad Tahfiz Raudatul Jannah di Kampung Selang Ulu, Kuching serta di Surau Umar Khatab di Bandar Baru Samariang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Simbolik Pelancaran (Flag-off) sempena dengan Program Ihya‘ Ramadan AKYBMS yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pekarangan Wisma Sumber Alam, Petra Jaya di sini pada Rabu.

    YAB Timbalam Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah (Kanan) bersama Datu Pengurus Besar AKYBMS mengibarkan bendera Sarawak sebagai simbolik Flag Off Progam Ihya Ramadan 1445 Hijrah-foto UKAS

    Datu Dr Sanib menambah, masyarakat dengan penuh semangat memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap program tersebut sekaligus memperlihatkan kesedaran yang tinggi pihak AKYBMS terhadap keperluan bersama terutamanya mereka yang kurang berkemampuan dalam meraikan Hari Raya.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...