More
    Home Malaysia Lima kampung di Simunjan kini menikmati bekalan air 24 jam-Julaihi

    Lima kampung di Simunjan kini menikmati bekalan air 24 jam-Julaihi

    SIMUNJAN, 13 PRIL 2023 (SNN): Empat kampung di Daerah Simunjan kini menikmati bekalan air bersih 24 jam selepas projek sistem grid air di kawasan itu siap sepenuhnya demikian kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

    Julaihi yang hadir meninjau sendiri projek berkenaan dalam satu lawatan kerja rasminya di Simunjan pada Rabu memberitahu, bekalan air bersih yang disalurkan dari Loji Rawatan Air Batu Kitang, Kuching itu memberi manfaat kepada empat buah kampung iaitu Kampung Selangking, Tg Harapan, Tg Pisang, Sg Apin dan Pantong.

    “Air ini adalah disalurkan terus dari loji rawatan air melalui sistem grid air Bahagian Samarahan yang merentasi jambatan Batang Sadong dan seterusnya disaurkan terus ke empat kampung terbabit.

    “Sistem grid ini adalah merupakan sebahagian dari Grid Air Samarahan di kawasan Selatan Sarawak yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak untuk seluruh negeri,” katanya ketika dalam lawatan kerja rasmi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke Simunjan pada Rabu.

    Julaihi (tengah) menyampaikan bungkusan kurma kepada penduduk kampung yang hadir.

    Dalam pada itu, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut menyantuni penduduk kampung selain menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk buah kurma sempena bulan ramadan.

    Turut hadir sama Ahli Parlimen Batang Sadong; Rodieyah Sapiee, ADUN Simunjan; Awla Deris, Setiausaha Tetap Kementerian MUT; Jafri Lias, Pengarah JBALB; Ir Chang Kuet Shian, Pemangku Residen Bahagian Samarahan; Irwan Bahri, Pegawai Daerah Simunjan; Seroji Ludin, dan Ketua Masyarakat dan Kaum Kampung (KMKK) kelima-lima kampung.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...