More
    Home Dunia Letusan gunung berapi bawah laut di Tonga cetus gelombang tsunami

    Letusan gunung berapi bawah laut di Tonga cetus gelombang tsunami

    KUCHING, 16 JANUARI 2022 (SNN) : Negara Tonga dilanda ombak besar tsunami dengan ketinggian boleh mencapai 3 meter susulan letusan gunung berapi bawah laut yang mencetuskan amaran tsunami kedua di negara itu dalam tempoh beberapa hari sejak Jumaat.

    Menurut Biro Meteorologi Australia, gelombang ombak besar setinggi 1.2 meter dikesan di ibu negara Nuku’alofa pada jam 3.30 petang Sabtu waktu tempatan selepas amaran tsunami pertama ditarik balik.

    Beberapa rakaman video yang dimuat naik di sosial menunjukkan penduduk bergegas menyelamatkan diri ke kawasan tinggi susulan letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai.

    ciapan imej satelit yang menunjukkan gunung berapi bawah laut di Tonga meletus menghasilkan gelombang yang dahsyat

    Manakala di Fiji, letusan yang dapat didengar dari jarak sejauh 800 Kilometer itu turut memaksa kerajaan mengeluarkan amaran waspada tsunami serta membuka beberapa pusat pemindahan sementara buat penduduk di kawasan rendah.

    Di New Zealand pula, lebih 2,300 kilometer dari gunung berapi tersebut, pihak berkuasa juga memberi amaran cuaca buruk akibat letusan itu. Tentera New Zealand berkata, pihaknya memantau situasi semasa dan bersedia untuk mengerahkan anggotanya ke Tonga sekiranya perlu.

    Pada Sabtu waktu tempatan, gunung berapi Hunga Ha’appai di bawah laut Kepulauan Hunga Tonga yang tidak berpenghuni meletus dengan memuntahkan abu volkanik dan asap tebal setinggi 17 km ke udara. Penduduk di negara Tonga diarahkan memakai pelitup muka serta berselindung di kawasan tinggi ekoran amaran tsunami dikeluarkan selepas itu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...