More
    Home Sarawak Kuching Lelaki dikehendaki maut ditembak ketika cuba loloskan diri daripada ditahan pihak polis

    Lelaki dikehendaki maut ditembak ketika cuba loloskan diri daripada ditahan pihak polis

    KUCHING, 16 DISEMBER 2021 (SNN) : Polis trafik terpaksa melepaskan tembakan kearah seorang lelaki dikehendaki yang cuba meloloskan diri dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga/Jalan Mendu sekitar jam 7.20 malam tadi.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dalam satu kenyataan berkata, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke atas kenderaan dan suspek selepas suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga dipercayai tidak memberi kerjasama dan memandu dalam keadaan bahaya serta merempuh beberapa kenderaan orang awam.

    Beliau dalam kenyataan hari ini juga berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan suspek yang berusia dalam lingkungan 22 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Kenyataan media Pesuruhjaya Polis Sarawak berhubung kejadian.

    Ujar Datuk Aidi lagi, pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk melengkapkan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. Orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan penuh dari pihak polis telah selesai dijalankan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...