More
    Home Malaysia Lebih 400 pemilik PKS Bumiputera telah dibantu dengan dana sebanyak RM30.13 juta...

    Lebih 400 pemilik PKS Bumiputera telah dibantu dengan dana sebanyak RM30.13 juta setakat September 2021

    GEDONG, 17 OKTOBER 2021 (SNN) : Kerajaan negeri di bawah pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa peka terhadap nasib usahawan tempatan di bawah Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan menyalurkan dana sebanyak RM30.13 juta setakat September lalu yang diterima 411 oleh pengusaha bumiputera.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, selain daripada itu kerajaan Sarawak turut meluluskan peruntukan dana sebanyak RM48 juta kepada 1,463 orang usahawan B40, mikro dan kecil. Pada masa yang sama, dana sebanyak RM7.76 turut diluluskan oleh kerajaan negeri yang memberi manfaat kepada 652 usahawan belia di seluruh Sarawak melalui program GERAK dan USTEV.

    “Buat masa sekarang, penerima Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) dan Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) sedang menikmati moratorium selama enam bulan dan subsidi kadar faedah bagi tempoh 42 bulan atau 3 tahun lebih. SKMS ini merupakan inisiatif kerajaan Sarawak bagi membantu usahawan dalam kalangan B40, mikro dan kecil dalam memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19.

    “Manakala SPIKS pula merupakan inisiatif kerajaan Sarawak bagi membantu PKS Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka dari segi modal kerja, pembelian mesin serta peralatan atau ubahsuai premis perniagaan. Skim ini menawarkan pinjaman sehingga RM250,000 dengan kadar faedah 4 peratus berdasarkan baki bulanan berkurangan, ” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran mesin ATM Agrobank dan penyampaian cek kepada usahawan di Anjung Usahawan Gedong pada Sabtu.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak merasmikan penempatan mesin ATM di Anjung Usahawan Gedong-Kredit SuaraSarawak.

    Mengulas lanjut mengenai program GERAK dan USTEV, Datuk Amar Awang Tengah menjelaskan graduan dan belia yang berkemahiran teknikal, tanpa mengira kaum adalah digalakkan untuk memohon geran berkenaan yang bernilai sehingga RM20,000 bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. Geran berkenaan boleh digunakan sebagai modal kerja atau pembelian mesin atau kedua-duanya sekali.

    Selesai melakukan lawatan kerja, beliau turut menyampaikan cek Projek Transformasi Usahawan Desa Sarawak (TUDS) Kawasan Gedong kepada Pengerusi Koperasi Premier Gedong Berhad, Tambi Dan untuk projek naik taraf kemudahan Anjung Usahawan Gedong. Manakala kerja-kerja naik taraf itu kelak akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Simunjan dengan dana sebanyak RM85,800.

    Turut hadir sama Menteri Muda Pembangunan Usahawan Dan Perusahaan Kecil & Sederhana Sarawak Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.26 Gedong; Datuk Mohd Naroden Majais, Pengarah Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak; Datu Abdullah Julaihi, Pengarah Unit Dan Perancang Ekonomi Sarawak; Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Residen Bahagian Samarahan; Brahim Lumpu, Pegawai Daerah Simunjan; Abdul Khalid Manap dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Terminal Perindustrian Dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak; Dzulkornain Masron.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembukaan Jambatan Muara Lassa untuk orang awam bakal pacu pembangunan ekonomi...

    0
    DARO, 03 JANUARI 2025: Majlis prapelancaran Jambatan Muara Lassa akan diadakan pada 9 Januari ini, yang dijangka disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas...