More
    Home Lebih 15,000 penduduk di Daerah Bau mendaftarkan diri untuk terima vaksin Covid-19

    Lebih 15,000 penduduk di Daerah Bau mendaftarkan diri untuk terima vaksin Covid-19

    BAU, 26 FEBRUARI 2021 (SNN) : Setakat hari ini hampir lebih 15,000 penduduk di sekitar Daerah Bau telah mendaftarkan diri mereka untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui program imunisasi Covid-19.

    Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep, respon daripada penduduk kawasan Bau itu amat menggalakkan apabila lebih 15,000 orang yang sudah mendaftarkan diri untuk menerina suntikan vaksin tersebut dan kita menjangkakan seramai 40,000 orang yang akan menerimanya kelak.

    “Setakat ini respon daripada penduduk sekitar Bau amat positif dan saya bersama ADUN Serembu, Miro Simuh serta Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam sendiri akan menerima suntikan berkenaan terlebih dahulu di Klinik Kesihatan Singai pada Sabtu ini.

    “Di Daerah Bau sahaja populasi penduduk adalah sekitar 60,000 orang dan mungkin sebahagian daripada mereka akan menerima suntikan vaksin Covid-19 itu melalui tempat mereka bekerja atau mengikut alamat kediaman masing-masing,” katanya ketika hadir dalam Program Pengagihan Pelitup Muka bagi kawasan DUN Tasik Biru pada Khamis.

    Jelasnya, beliau menasihatkan agar penduduk tidak pelru bimbang dan mempercayai khabar angin yang boleh mengganggu usaha untuk menerima vaksin yang diberikan oleh kerajaan.

    Turut hadir sama dalam program adalah Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam dan Pegawai Khas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sarawak, Voon Shiak Ni.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    22 JULAI, 31 OGOS DAN 16 SEPTEMBER PADA TAHUN 1963: APAKAH...

    0
    MASIH ADA LAGI orang bertanyakan apakah dan mengapakah warga Malaysia merayakan tiga tarikh ini. Semua tarikh ini begitu dekat di antara satu dengan yang...