More
    Home Malaysia Lebih 1,500 jemaah hadir ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir...

    Lebih 1,500 jemaah hadir ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir TYT ke-86 di Miri

    MIRI, 08 OKTOBER 2022 (SNN): Kira-kira 1,500 jemaah telah menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa, Miri pada Jumaat.

    Majlis tersebut turut disertai Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    Acara majlis kesyukuran dimulakan dengan Solat Maghrib Berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

    Solat Fardhu dan solat sunat berjemaah ditunaikan di Masjid Al-Taqwa, Miri yang dipilih menjadi lokasi sambutan Ulang Tahun ke-86 TYT Sarawak kali ini.

    Dato Mustapha Kamal kemudiannya mengetuai bacaan Yaasin sebelum majlis diteruskan dengan alunan Zikir Marhaban bersama Gabungan Kumpulan Zikir Bahagian Miri.

    Selepas itu, majlis diteruskan dengan doa kesyukuran sebelum Solat Fardhu Isyak Berjemaah diadakan dan kemudian diakhiri dengan jamuan makan malam bersama para jemaah dan juga tetamu lain yang hadir.

    Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-86 Yang di-Pertua Negeri Sarawak; Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri-Timbalan Menteri serta Ketua-Ketua Jabatan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...