More
    Home Malaysia Lebih 1,200 orang jemaah hadiri majlis ceramah khas sempena Maulidur Rasul di...

    Lebih 1,200 orang jemaah hadiri majlis ceramah khas sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau

    SEBUYAU, 13 OKTOBER 2023 (SNN): Seramai lebih kurang 1,200 jemaah dari sekitar Sebuyau menghadiri dan memeriahkan majlis program ceramah khas perdana sempena Maulidur Rasul 2023 di Masjid Al-Muflihin pada Rabu.

    Turut menyerikan majlis adalah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi yang bersama-sama meluangkan masa menghadiri program berkenaan.

    Pada majlis tersebut, Datuk Julaihi bersama para jemaah sebelumnya menunaikan solat Maghrib kemudian mendengar ceramah daripada penceramah jemputan iaitu Profesor Madya Ustaz Dato’ Dr. Izhar Ariff Mohamad Kashim yang bertajuk ‘Rasulullah S.A.W Pemimpin Ummah Sepanjang Zaman’.

    Penceramah terkenal Prof Madya Ustaz Dr. Izhar Ariff menyampaikan ceramah perdana selepas solat berjemaah bersama jemaah yang hadir.-foto FB Datuk Julaihi Narawi

    Turut hadir sama adalah Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan; Ustaz Bahrin Kawi, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayu Radiman Bujang, Timbalan Setiausaha Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Syed Mohamad Fauzi, Temengong Chek Bujang, Pemanca Asli, Penghulu dan semua muslimin dan muslimat.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...