More
    Home Sarawak Bintulu Lebih 10,000 umat Islam hadir pada Program Malam Cinta Rasul yang berlangsung...

    Lebih 10,000 umat Islam hadir pada Program Malam Cinta Rasul yang berlangsung di Bintulu

    BINTULU, 22 SEPTEMBER 2024: Dianggarkan lebih 10,000 umat Islam sekitar bahagian Bintulu telah menghadiri Program Malam Cinta Rasul yang berlangsung di Lasar Kenyalang Bintulu pada Sabtu.

    Program itu merupakan anjuran bersama Lembaga Pelabuhan Bintulu, Bintulu Port Sendirian Berhad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam (JAIS) Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB).

    Program dimulakan dengan qasidah serta selawat ke atas Nabi junjungan Rasulullah SAW dan kemudiannya diserikan dengan kehadiran Profesor Ustaz Dr Abdul Somad Batubara (UAS) sebagai penceramah program tersebut yang berjaya menarik perhatian umat Islam yang hadir.

    ADUN Jepak turut hadir sama pada Program Malam Cinta Rasul tersebut-foto UKAS

    Dalam masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee menzahirkan penghargaan kepada para penaja kerana telah menjayakan program keilmuan itu.

    Beliau turut bercadang untuk mengadakan satu lagi majlis selawat dan berharap program akan datang dapat dijalankan dengan lancar.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    0
    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad...