More
    Home Malaysia Lapor kepada pihak LPB jika berlaku kebocoran paip di kawasan pembinaan Pan...

    Lapor kepada pihak LPB jika berlaku kebocoran paip di kawasan pembinaan Pan Borneo-Julaihi

    BEKENU, 16 FEBRUARI 2023 (SNN): Pihak yang bertanggungjawab diseru agar melaporkan segera sekiranya berlakunya kebocoran paip akibat kerja-kerja di lapangan khususnya bagi kawasan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB).

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi memberitahu, isu seumpamanya penting untuk diselesaikan dengan pantas kerana ia melibatkan keperluan orang awam.

    Beliau menegaskan, unit LPB Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, konsultan dan kontraktor juga perlu memantau kerja-kerja yang dilakukan di sepanjang Pakej Kontrak Kerja (WPC) LPB bagi mengelakkan masalah tersebut terus berlaku.

    “Kelewatan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak di lapangan banyak bergantung kepada kemajuan projek LPB contohnya di WPC 11 Bekenu ini.

    “Semasa mengadakan kerja-kerja lapangan, banyak berlaku sentuhan kepada paip dan ini menyebabkan kebocoran, seterusnya menjurus kepada masalah air yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

    “Oleh itu, jika terdapat paip air yang bocor, sila laporkan dengan segera kepada pihak berkenaan kerana isu ini melibatkan orang awam,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pejabat WPC 11 LPB Bekenu pada Rabu.

    Datuk Julaihi mendengar taklimat yang disampaikan oleh LPB.

    Datuk Julaihi berkata, Kerajaan Sarawak tetap komited untuk menyelesaikan masalah seumpamanya menerusi agensi yang berkaitan.

    Pada lawatan kerja tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau telah mendengar taklimat daripada JBALB Sarawak berkaitan tiga projek yang sedang dilaksanakan termasuk di Bukit Song melibatkan Parlimen Sibuti dan DUN Lambir, Sungai Teniku melibatkan Parlimen Sibuti dan DUN Senadin serta projek bekalan air luar bandar Suai melibatkan DUN Kemena, Samalaju dan Bekenu.

    Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Liwan Lagang, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Jafri Lias, Pengarah JBALB Sarawak Ir Chang Kuet Shian dan Timbalan Residen Miri Juan Abit.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...