More
    Home Malaysia Lapangan Terbang Baharu Mukah bakal memacu pertumbuhan sektor ekonomi di Bahagian Mukah

    Lapangan Terbang Baharu Mukah bakal memacu pertumbuhan sektor ekonomi di Bahagian Mukah

    MUKAH, 05 DISEMBER 2021 (SNN) : Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah akan merancakkan lagi pembangunan sektor ekonomi yang dapat memberi impak berganda dan berangkai kepada penduduk di Bahagian Mukah serta keluarga Malaysia amnya kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Lapangan Terbang Baharu Mukah, semalam.

    Beliau juga memaklumkan lapangan terbang berkenaan bakal menyediakan sokongan bagi aktiviti-aktiviti di Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) yang bakal mewujudkan jaringan ekonomi yang lebih efektif dan efisyen, selain status yang telah ditambah baik, ianya juga boleh mengendalikan lebih banyak penumpang yang akan mengukuhkan kedudukan Mukah sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak khasnya di kawasan pesisir.

    “Projek lapangan terbang ini dapat disiapkan walaupun ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, ini bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi pencapaian Malaysia dalam sektor pengangkutan,” ujar Ismail Sabri lagi.

    Bagi menambah baik perkhidmatan Rural Air Services (RAS) oleh MASwings, kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan melaksanakan rasionalisasi RAS dengan mengkaji semula objektif RAS, implikasi kewangan yang terlibat, laluan dan kekerapan penerbangan RAS, kadar tambang yang dikenakan, pesawat yang diguna pakai dan mekanisme pemberian subsidi kepada pengguna perkhidmatan ini dari semasa ke semasa.

    Ketibaan YAB Perdana Menteri di Lapangan Terbang Baharu Mukah disambut meriah oleh barisan kabinet kerajaan negeri Sarawak

    Dalam majlis yang sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dalam ucapannya turut berkata, dalam ruang lingkup yang lebih besar, kita dapat melihat bahawa penambahbaikan sistem pengangkutan awam ini bukan sekadar untuk menyediakan ‘connectivity and accessibility’, kepada penduduk, malahan lebih daripada itu.

    “Penambahbaikan sistem pengangkutan udara juga dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan, merangsang aktiviti pelancongan dan meningkatkan peluang pekerjaan melalui pembangunan sosio ekonomi setempat yang menyumbang kepada pembinaan sebuah negara yang maju dan progresif,” tambah Wee lagi.

    Beliau yakin kerajaan sentiasa komited dan serius untuk menyediakan kemudahan infrastruktur terbaik bagi memastikan kualiti hidup Keluarga Malaysia di seluruh negara dapat dipertingkatkan.

    Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Sarawak; Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menter;i Dato Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri Pengangkutan; Dato Henry Sum Agong.-JAPEN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penerbitan Buku ‘Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak’ perkukuh pemahaman dan budaya...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2025 (SNN): Penerbitan buku berjudul 'Adat Resam Masyarakat Melayu Sarawak' bertujuan untuk mendokumentasikan adat resam masyarakat Melayu Sarawak dengan penekanan kepada...