More
    Home Sarawak Kuching Langkah kerajaan Sarawak perkenal dasar ekonomi baharu bantu tingkatkan taraf hidup rakyat...

    Langkah kerajaan Sarawak perkenal dasar ekonomi baharu bantu tingkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini-Premier Sarawak

    KUCHING, 24 APRIL 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak akan meneruskan usaha membangunkan masyarakat ke tahap yang lebih tinggi dalam semua aspek menerusi ekonomi baharu.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memberitahu, Sarawak sedang melangkah ke arah ekonomi baharu yang mengambil kira kemampanan alam sekitar.

    “Hala tuju tersebut amat berkehendakkan jenis ilmu yang baharu yang mementingkan kelestarian alam sekitar dan juga perubahan iklim,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2023 Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

    Rumah Terbuka Premier Sarawak disambut meriah yang turut dikunjungi dari pelbagai lapisan masyarakat.

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari memberitahu, Sarawak kini tertumpu kepada pembangunan infrastruktur untuk kepentingan rakyat tempatan.

    “Sarawak sedang beralih kepada pembangunan prasarana dan infrastruktur seperti dalam projek Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) dan projek Skim Elektrifikasi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES),” ujarnya lagi.

    Premier Sarawak menambah, SARES akan menggunakan tenaga solar bagi membekalkan rumah panjang dan kampung di kawasan pedalaman dengan tenaga elektrik.

    Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa Sarawak mempunyai dasar yang cukup baik untuk generasi akan datang.

    Turut hadir sama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Taib Mahmud beserta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan dif kenamaan yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tidak ada keperluan menaikkan tarif elektrik sedia ada di Sarawak-Julaihi

    0
    SEBUYAU, 01 APRIL 2025: Kerajaan Sarawak ketika ini tidak mempunyai keperluan untuk menaikkan tarif elektrik sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad...