More
    Home Malaysia LAKMBS serah sumbangan lembu korban kepada 7 kawasan DUN di Samarahan

    LAKMBS serah sumbangan lembu korban kepada 7 kawasan DUN di Samarahan

    KOTA SAMARAHAN, 29 JUN 2023 (SNN): Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Bahagian Samarahan (LAKMBS) serahkan sumbangan sebanyak 43 ekor lembu untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha kepada tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bahagian Samarahan.

    Majlis Simbolik penyerahan lembu korban berkenaan telah disempurnakan oleh Bendahari Lembaga LAKMBS merangkap Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi disaksikan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang di perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan pada Rabu.

    Julaihi dalam ucapannya memberitahu, daripada jumlah lembu berkenaan setiap kawasan iaitu DUN Muara Tuang, Stakan, Asajaya, Sadong Jaya, Gedong, Simunjan dan Sebuyau akan menerima enam ekor lembu.

    Datuk Julaihi menyerahkan sumbangan lembu korban kepada wakil setiap kawasan DUN di bawah Bahagian Samarahan

    “Sumbangan ini akan diagihkan kepada penduduk di kawasan DUN masing-masing khususnya untuk golongan yang memerlukan sebagai meraikan mereka sekaligus tanda syukur kepada Allah SWT,” ujar beliau lagi.

    Turut hadir sama menyerahkan agihan berkenaan adalah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak; Ir. Aidel Lariwoo, Pemangku Residen Bahagian Samarahan; Mohamad Irwan Bahari Bujang, Timbalan Residen Samarahan; Anuar Da’an, Pegawai Daerah Samarahan; Ahmad Abdul Razak dan tetamu yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...