KUCHING, 19 JANUARI 2022 (SNN) : Lembaga Air Kuching (KWB) digesa untuk menambah baik perkhidmatannya dengan menggunakan teknologi digital.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, dengan jangkaan pengguna yang semakin meningkat, KWB harus meningkatkan kualiti dan kecekapan penyampaian perkhidmatannya terhadap pengguna.
Menurutnya, ia adalah bagi melengkapkan kakitangandengan kecekapan yang diperlukan untuk mengelak ketidakpadanan permintaan dan perkhidmatan.
“Saya amat gembira dengan usaha KWB dalam memenuhi keperluan dan jangkaan penduduk Bandaraya Kuching dengan populasi 711,500 berdasarkan data banci 2020, serta memenuhi permintaan bekalan air dari JBALB untuk Samarahan, Puncak Borneo, Bau, Semariang dan lain-lain yang berdekatan kawasan-kawasan.
“Namun, sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Lembaga Air Kuching pada Selasa.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menambah, beberapa industri elektronik di Zon Perindustrian Bebas akan mengembangkannya operasi dalam masa terdekat dan dianggarkan bahawa mereka akan memerlukan permintaan tambahan sebanyak 21 juta liter sehari (MLD) menjelang akhir tahun
Justeru, beliau berharap agar KWB melaksanakan projek-projek di atas dengan berkesan dan tepat pada masanya untuk mengelakkan sebarang kekurangan bekalan air pada masa hadapan.
Turut hadir mengiringi semasa lawatan tersebut ialah Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi I, Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi II, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengerusi Lembaga Pengarah KWB, Dato Sri Wan Lizozman Omar dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Ir Alice Jawan.-UKAS.