More
    Home Sarawak Kuching Kuching, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023

    Kuching, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023

    KUCHING, 10 OGOS 2023 (SNN): Kuching, Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching pada 16 September 2023.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 berkata, menjadi penghormatan kepada Sarawak kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 pada kali ini.

    Sambutan nanti yang bertemakan “Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” bakal dihadiri tetamu kehormat Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

    Dalam pada itu, turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isterinya, Datin Seri Julia Salag.

    “Sarawak selalu dirujuk sebagai contoh semangat perpaduan yang begitu baik sekali. Baru-baru ini, slogan “Segulai, Sejalai” dipilih kerana kita sentiasa bersatu padu dan sepakat dalam mempertahankan perpaduan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu.

    Datuk Julaihi mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023-Foto UKAS

    Datuk Julaihi menambah, mesyuarat tersebut bertujuan untuk memperhalusi persiapan bagi mesyuarat seterusnya bersama Kementerian Komunikasi dan Digital yang akan diadakan pada 14 Ogos depan.

    Dalam pada itu katanya, antara persembahan yang akan diadakan adalah Persembahan Khas: Musical “Segulai, Sejalai”, Persembahan daripada 3 wilayah: Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, artis-artis tempatan tanahair serta Konsert Rakyat.

    Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (Pembangunan Bakat); Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Penerbangan dan Jalan Raya); Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (Pembangunan Kanak-kanak); Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur); Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan); Dr. Ripin Lamat, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah); Martin Ben, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi); Datu Hii Chang Kee serta Ketua-Ketua Jabatan.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...