More
    Home Sarawak Kuching KPM digesa segerakan pembinaan SMK Sebuyau baharu menggantikan bangunan yang uzur

    KPM digesa segerakan pembinaan SMK Sebuyau baharu menggantikan bangunan yang uzur

    KUCHING, 01 FEBRUARI 2024 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi menerima kunjungan daripada rombongan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau yang diketuai oleh Pengetua SMK Sebuyau, Awang Abas bin Awang Lawi.

    Beliau dalam kenyataan media memberitahu, kunjungan terbabit dilakukan bagi membincangkan beberapa perkara termasuklah mengenai keadaan fizikal SMK Sebuyau yang uzur yang masih menunggu pembinaan sekolah gantian penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    Kata beliau, pihak KPM diseru agar segerakan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu bagi menggantikan sekolah yang sedia ada yang kini tidak lagi selamat digunakan oleh para pelajar dan kakitangan SMK Sebuyau.

    “Kelulusan pembinaan sekolah gantian penuh SMK Sebuyau ini telah diluluskan sejak RMK-11 lagi termasuklah tapak baharu sudahpun tersedia namun kerja-kerja pembinaan sehingga kini tidak menampakkan hasil.

    “Ini amat penting kerana sekolah tersebut menempatkan lebih 893 orang pelajar dan 68 guru dan saya mahu mereka ini dapat menuntut ilmu dalam suasana yang selamat dan selesa,” tegas beliau selepas menerima kunjungan dari rombongan SMK Sebuyau di pejabat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi di Kuching, pada Rabu.

    Dato Sri Julaihi bersama rombongan dari SMK Sebuyau ketika mengadakan perbincangan empat mata di pejabat beliau-Foto FB Julaihi Narawi

    Selain itu, tambah Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, perbincangan tersebut turut menekankan perihal kerjasama, bantuan dan pendekatan bagi memastikan mutu dan tahap pencapaian akademik pelajar di sekolah berkenaan meningkat walaupun keadaan sekolah yang kini tidak selamat serta tidak kondusif.

    Dalam pada itu, bagi membolehkan aktiviti akademik dan kokurikulum dapat dijalankan dengan lancar beliau turut menyampaikan geran MRP tahunan ADUN Sebuyau kepada pihak sekolah.

    “Bagi pihak saya sendiri ucapkan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga kerja SMK Sebuyau serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di atas kerjasama diberikan demi untuk kebajikan para pelajar walaupun berada dalam keadaan yang sukar,” ujarnya.

    Turut hadir sama mengiringi rombongan adalah Penolong Kanan SMK Sebuyau; Iliane Francis Medan dan Abu Bakar Tasah, Pengerusi PIBG SMK Sebuyau; Osman Jamel, Setiausaha PIBG; Sharifah Nurfitri Wan Mohamad dan Bendahari PIBG; Othman Libar.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rebut peluang belajar ke peringkat pengajian tinggi sekiranya berkelayakan

    0
    SADONG JAYA, 05 JANUARI 2025: Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATMA) diseru untuk merebut peluang melanjutkan pengajian ke...