More
    Home Malaysia Kontraktor Pan Borneo perlu lebihhati-hati, elak kerosakan melibatkan utiliti kementeriannya berulang-Julaihi

    Kontraktor Pan Borneo perlu lebihhati-hati, elak kerosakan melibatkan utiliti kementeriannya berulang-Julaihi

    SARIKEI, 17 JUN 2023 (SNN): Pihak kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang melaksanakan kerja-kerja penggalian harus berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan utiliti seperti paip air berulang.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, pihak kementeriannya melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sering kali menerima aduan berhubung isu-isu utiliti di sepanjang projek Pan Borneo terutama Bahagian Sarikei.

    “Apa yang menjadi keutamaan adalah pihak yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan lebuhraya ini perlu berhati-hati agar masalah utiliti melibatkan berlakunya saluran paip pecah berulang yang boleh memberi kesan kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

    “Jadi, pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) melaui Cawangan Lebuhraya Pan Boreno (LPB) dan JBALB harus bekerjasama untuk mencari solusi serta langkah-langkah pencegahan agar kerosakan ini tidak kerap berlaku ataupun dapat dielakkan terus,” katanya pada sidang media ketika hadir dalam mesyuarat bersama JKR CLPB, JBALB di Pejabat Residen Sarikei pada Khamis.

    Datuk Julaihi dan rombongan mengdakan lawatan ke tapak projek LPB jajaran Sarikei.

    Tambah Julaihi lagi, pihak kontraktor yang terlibat juga diharap dapat bekerjasama dengan JBALB bagi melaksanakan sisa baki pemasangan sistem sauran bekalan air kepada penduduk dengan segera sebelum menjelang penghujung tahun ini.

    “Gesaan ini harus dilaksanakan sebaik mungkin kerana gangguan sistem bekalan air memberi impak yang besar kepada keperluan harian rakyat khususnya di sekitar Sarikei ini,” ujarnya lagi.

    Terdahulu, Ir. Ts. Awg Mohamad Fadillah turut mengadakan lawatan tapak ke beberapa lokasi pembinaan Seksyen Sarikei, WPC06 dan mengarahkan pihak kontraktor untuk mempercepatkan baki kerja-kerja pembinaan yang ada mengikut tempoh waktu yang twlah ditetapkan.

    Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pakan; Tan Sri William Mawan Ikom, ADUN Meradong; Datuk Ding Huong Hiing, ADUN Meluan; Rolland Duat, Pengarah JBALB Sarawak; Ir Chang Kuet Shian, Ketua Penolong Pengarah CLPB;Ir. Ts. Awg Mohamad Fadillah Awg Redzuan, Timbalan Residen Bahagian Sarikei; Encik Badjuri Bidin, dan pegawai-pegawai serta ketua-ketua kaum/masyarakat setempat.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...