More
    Home Sarawak Bintulu Kompleks PERYATIM Baharu akan dibina di Miri-Abang Jo

    Kompleks PERYATIM Baharu akan dibina di Miri-Abang Jo

    BINTULU, 07 APRIL 2025: Usaha memperkasakan kebajikan golongan anak-anak yatim di Sarawak terus diperkukuh dengan pengumuman Kerajaan Sarawak berhubung pembangunan sebuah kompleks kebajikan baharu bernilai RM30 juta di Miri.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kompleks baharu itu bakal menggantikan bangunan sedia ada PERYATIM Miri yang tidak lagi sesuai dari segi lokasi dan struktur tanah.

    “Bangunan PERYATIM di Miri sekarang terletak di kawasan yang kurang strategik dan tidak sesuai. Maka, kita akan bina kompleks baharu berhampiran Lapangan Terbang Miri dengan kemudahan yang lebih baik dan selesa untuk anak-anak yatim di sana,” katanya semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PERYATIM dan Pengisytiharan Nama Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman (KKDAR) di Bintulu, pada Ahad.

    YAB Premier merakam gambar bersama anak-anak yatim di bawah PERYATIM Bintulu-UKAS

    Menurutnya lagi, lokasi baharu yang lebih kondusif akan memberikan persekitaran yang lebih selamat dan selesa untuk anak-anak yatim, sekali gus membolehkan mereka membesar dan belajar dalam suasana yang lebih baik.

    Beliau turut menyatakan kebanggaannya terhadap pencapaian bekas penghuni PERYATIM yang kini berjaya dalam pelbagai bidang profesional, termasuk kejuruteraan dan perakaunan, serta kembali menyumbang kepada masyarakat.

    Dalam majlis sama, Premier Sarawak turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM25,000 kepada Kompleks PERYATIM Bintulu, selain kutipan sumbangan tambahan daripada pelbagai pihak yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM100,000.

    Projek pembinaan kompleks baharu di Miri ini sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan anak-anak yatim terus diberi keutamaan, selari dengan hasrat kerajaan untuk membina masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif.

    Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi PERYATIM Sarawak; Datuk Misnu Taha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak; Iskandar Turkee serta tetamu lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pemilihan lokasi pembinaan Jambatan Rajang strategik untuk bagunkan kawasan Sarikei &...

    0
    SARIKEI, 07 APRIL 2025: Lokasi pembinaan Jambatan Batang Rajang sangat strategik untuk memastikan Bandar Sarikei dan Bintangor dapat dibangunkan bersama-sama sejak 30 tahun yang...