More
    Home Malaysia Kolej I-Systems Kuching menawarkan peluang kerjaya melalui Diploma Kejururawatan buat pelajar lepasan...

    Kolej I-Systems Kuching menawarkan peluang kerjaya melalui Diploma Kejururawatan buat pelajar lepasan SPM Sarawak

    KUCHING, 04 JUN 2024: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya dari Sarawak berpeluang mendapat jaminan pekerjaan di pelbagai hospital di negeri ini melalui program Diploma Kejururawatan yang ditawarkan oleh Kolej I-Systems Kuching.

    Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, kolej tersebut tidak hanya menyediakan program pendidikan, tetapi juga pembiayaan penuh dan elaun kepada pelajar untuk memastikan mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pencapaian akademik dan pembangunan profesional.

    Menurut beliau, ini adalah langkah positif dalam menyediakan peluang pekerjaan yang stabil kepada golongan muda, sambil menyokong pembangunan tenaga kerja dalam sektor kesihatan.

    “Kita boleh meramalkan bahawa keperluan untuk sektor kejururawatan adalah sangat tinggi.

    “Pelajar kejururawatan yang menamatkan diploma mereka akan menjadi aset penting dalam industri,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan bersama pihak Kolej I-Systems Kuching pada Isnin.

    Dato Sri Nancy menerima cenderamata daripada wakil Kolej I-Systems Kuching-foto UKAS

    Menyentuh tentang industri penjagaan, Dato’ Sri Nancy menambah, inisiatif di bawah kementeriannya juga turut menyediakan latihan bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga teori.

    Sehubungan itu, jelas beliau, Kolej I-Systems Kuching akan bekerjasama dalam menggabungkan kemahiran yang ada ke arah memastikan segala latihan yang disediakan dalam sektor kesihatan adalah komprehensif dan berkualiti.

    “Pengasuh dan penjaga di institusi kita memang telah menerima latihan, tetapi pada tahap asas.

    “Kita perlu mengambil kira keperluan negara yang mana sekarang, bukan sahaja latihan fizikal yang diperlukan, tetapi juga teori. Itulah sebabnya kita memerlukan lebih ramai orang yang betul-betul terlatih,” tambahnya.

    Kolej I-Systems Kuching telah ditubuhkan selama lebih 22 tahun dan menawarkan khusus dalam program Sains Kesihatan merangkumi Diploma Kejururawatan, Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan serta Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan termasuk Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

    Program-program ini telah menerima pengiktirafan penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Jururawat Malaysia (LIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE).-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Faizzil Affandi dinobat juara Qari Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 28 FEBRUARI 2025: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-64 telah melabuhkan tirainya di Dewan Suarah Kota Samarahan pada Khamis...