More
    Home Sarawak Limbang KMKK perlu bersikap lebih proaktif bantu JPN selesaikan isu berkaitan

    KMKK perlu bersikap lebih proaktif bantu JPN selesaikan isu berkaitan

    LAWAS, 20 JUN 2023: Ketua masyarakat dan ketua kaum perlu bersikap proaktif dalam membantu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menangani isu dokumen pengenalan diri, sijil kelahiran dan kewarganegaraan.

    Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, membiarkan orang ramai memperbesarkan isu itu di dalam media sosial bukan caranya.

    Segala isu berkaitan kewarganegaraan memerlukan kerjasama semua ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), katanya merasmikan program kesedaran dan tanggungjawab serta dialog bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) daerah Lawas di sini.

    Menurut Henry Sum, mendedahkan isu itu dalam media sosial tidak akan menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya akan dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang sememangnya mencari modal untuk menyerang kerajaan.

    “Kita tidak mahu perkara ini sengaja diperbesarkan dan sebenarnya bukan ramai di Lawas ini yang berdepan masalah dokumen pengenalan diri dan kita bertekad untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

    Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah JPN, Saiful Yazan Alwi dan Pengarah JPN Sarawak, Awang Afferoz Awang Marikan, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Penolong Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari, Kr Abu Bahrin Reduan dan 200 KMKK daerah Lawas.

    Henry Sum bertindak sebagai penganjur program melalui Pusat Khidmat Parlimen Lawas dengan kerjasama JPN Lawas dan Pejabat Daerah Lawas.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...