LIMBANG, 26 MAC 2021 (SNN) : Peranan dan kerjasama diantara Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat penting dalam menentukan pembangunan sosioekonomi kawasan kampung masing-masing.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, ketua kampung yang dilantik memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan di dalam kampung dengan memberi kerjasama yang baik terhadap kerajaan bagi memudahkan perancangan pembangunan di kawasan mereka.
“Pelantikan Ketua Kampung Tubai Baru, Yusop Siran yang juga sebagai pengerusi JKKK pada 1 Mac 2021 lalu diharapkan akan memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh amanah serta telus dalam usaha membangun dan memajukan kawasan kampung.
“Dan hari ini juga, saya telah meluluskan sebanyak RM10,000 geran kepada JKKK Kampung Tubai Baru bagi melaksanakan aktiviti dan program kemasyarakatan serta keperluan penduduk kampung,” kata beliau ketika hadir melawat Pengerusi JKKK yang juga Ketua Kmapung Tubai Baru pada Rabu.
Dalam masa yang sama, Paulus turut memberitahu persetujuan diantara dua pihak bagi mempertimbangkan pelaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Masuk ke Simpang Kampung Tubai Baru sepanjang 7 Kilometer. Setakat ini kita sedang melaksanakan projek menyimen dari jalan simpang masuk ke kawasan kampung dengan panjang 800 meter yang dilaksanakan di bawah peruntukan Malaysia Road Record Information System (MARRIS).
Turut hadir sama Ketua Pemuda PBB DUN Batu Danau; Kaunselor Elvis Mathew Bungsu, Timbalan Pengerusi SADIA Pampang Limbang; Jangan Bakar, Pegawai Khas ADUN Batu Danau; Jimmy Ngindang Bau dan Ketua Ranting PBB Cawangan Medamit; Franky Mullen Raja.-SUMBER UKAS.