More
    Home Malaysia Klinik Kesihatan Selalang akan dibina bagi menampung keperluan kesihatan penduduk di sekitar-Lukanisman

    Klinik Kesihatan Selalang akan dibina bagi menampung keperluan kesihatan penduduk di sekitar-Lukanisman

    TANJUNG MANIS, 20 JULAI 2023 (SNN): Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewujudkan Klinik Kesihatan Selalang bagi memenuhi keperluan mendesak penduduk di sekitar kawasan itu yang belum memiliki klinik kesihatan.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM akan mengambil pandangan serta bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh serta Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab dalam mempastikan semua yang dibincangkan dapat dilaksanakan mengikut keperluan sebenar rakyat setempat.

    Beliau juga mahu Ir Yusuf membangkitkan isu-isu ini di Dewan Rakyat agar KKM dapat mengambil tindakan yang perlu dan diluluskan.

    “Kita akan membawa cadangan tersebut ke peringkat kementerian dan juga akan meletakkan cadangan itu ke senarai utama. Saya meminta Ahli Parlimen untuk lebih menyuarakan hasrat untuk mendapatkan Klinik Kesihatan di kawasan Selalang.

    “Dalam siri lawatan saya lebih tiga hari, tumpuan kita adalah memberikan penumpuan kepada pembinaan klinik-klinik di daerah yang masih lagi belum memiliki sebarang Klinik Kesihatan dan ini adalah termaktub dalam cadangan yang akan dibawa ke Jawatankuasa MA63.”

    Lukanisman berkata demikian ketika ditemui media semasa lawatan kerja beliau ke klinik-klinik kesihatan di Daerah Tanjung Manis yang turut diiringi Datuk Len dan Ir Yusuf pada Ahad.

    Beliau telah melakukan lawatan ke beberapa klinik kesihatan di Tanjung Manis, Kampung Rajang, Kampung Belawai dan tapak cadangan pembinaan klinik di Kampung Selalang.

    Sementara itu, Datuk Len yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak berterima kasih kepada Lukanisman kerana melakukan lawatan ke semua fasiliti Kesihatan di Daerah Tanjung Manis.

    Beliau juga berharap dapat melihat sendiri keperluan mendesak khususnya Klinik Kesihatan Tanjung Manis yang sudah uzur agar pelan penambahbaikan dapat dilakukan oleh pihak KKM.

    Turut hadir sama semasa lawatan Timbalan Residen Bahagian Sarikei; Badjuri Bidin, Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis; Ismail Kasah, Pegawai-Pegawai KKM Sarawak dan Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...