More
    Home Sarawak Kuching KKD harus dapatkan pengesahan dan persetujuan daripada kerajaan Sarawak sebelum memperuntukan spektrum...

    KKD harus dapatkan pengesahan dan persetujuan daripada kerajaan Sarawak sebelum memperuntukan spektrum kepada penyedia khidmat telekomunikasi di Wilayah Sarawak-Julaihi

    KUCHING, 23 MEI 2023 (SNN): Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dicadang untuk mendapatkan pengesahan dan persetujuan daripada kerajaan Sarawak sebelum memperuntukan spektrum kepada mana-mana pihak yang ingin beroperasi di Wilayah Sarawak.

    Memetik laporan Unit Kmunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, perkara ini adalah selaras dengan pindaan Kanun Tanah Sarawak (Bab 81).

    “Pengurusan spektrum di Malaysia pada ketika ini dikawal selia sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan melalui MCMC.

    “Pindaan Seksyen 2, 37 dan 213 di bawah Kanun Tanah Sarawak (Bab 81) pada tahun lepas telah memberi kuasa kepada Kerajaan Sarawak untuk mengawal selia ruang udara termasuk pengurusan dan penggunaan spektrum,”katanya dalam sesi ucapan penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 pada Isnin.

    Tambah Datuk Julaihi, kementeriannya juga akan memohon untuk mendapat kelulusan bagi penggunaan jalur spektrum yang berkaitan kepada Sarawak di bawah seksyen 159 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    “Dengan keluasan yang hampir sama dengan Semenanjung Malaysia, mash terdapat banyak penempatan yang belum mendapat liputan internet yang meluas dan berkualiti di Wilayah Sarawak,”jelas beliau.

    Ujarnya, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian saya akan memohon untuk mendapat kelulusan bagi penggunaan jalur spektrum (spectrum band) yang berkaitan daripada Kerajaan Persekutuan melalui MCMC. In akan membolehkan Kerajaan Sarawak mempercepatkan usaha perluasan liputan internet dengan lebih efektif dan efisien.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...