More
    Home Sarawak Betong KIR di DUN Kabong mula menerima Bantuan Bakul Makanan BKSS hari ini

    KIR di DUN Kabong mula menerima Bantuan Bakul Makanan BKSS hari ini

    KABONG, 10 JUN 2021 (SNN) : Seramai 4,855 Ketua Isi Rumah (KIR) yang melibatkan 25 buah kampung di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dijangka akan mula menerima Bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 pada hari ini secara berperingkat.

    Majlis simbolik penyerahan bakul makanan itu dijangka akan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kabong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kabong, Mohamad Rashdan Hazemi.

    Dana bakul makanan yang disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) masing-masing itu melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM35.5 juta untuk membantu rakyat Sarawak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 1 Jun 2021 lalu.

    Proses membungkus bakul makanan oleh petugas Pusat Khidmat DUN Kabong.

    Kerja-kerja pengagihan bakul makanan akan dilakukan dengan kerjasama bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kabong, pIhak polis, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Petugas Pusat Khidmat DUN kabong dan RELA.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    [Imbasan Parlimen] Rancangan Malaysia Ke-13: Dari Batang Sadong ke Parlimen

    0
    Kota Samarahan 13 Ogos 2025 - Persidangan Parlimen pada 11 Ogos yang lalu menyaksikan perbahasan daripada Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Rodiyah Sapiee bagi...