More
    Home Kampus Ketua Menteri Sarawak menyempurnakan Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-25

    Ketua Menteri Sarawak menyempurnakan Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-25

    KOTA SAMARAHAN, 17 FEBRUARI 2022 (SNN) : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) nekad menjadi pemacu kecemerlangan seterusnya berupaya melahirkan graduan yang berkemampuan dan setanding dengan graduan antarabangsa.

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg merangkap Pro Canselor UNIMAS berkata, peranan dan sumbangan UNIMAS kepada negeri Sarawak akan ditingkatkan dari masa ke semasa.

    “Hubungan antara kerajaan negeri dan UNIMAS bagai isi dengan kuku dan bak aur dengan tebing. Justeru, dalam usaha untuk menjadikan sarawak maju menjelang 2030 sebagai satu realiti, kedua-dua pihak nekad dan konsisten terhadap tanggungjawab masing-masing.

    “Di Sarawak, kita sedang giat memperkasakan jaringan ekonomi digital di bandar dan di luar bandar dan Sarawak telah memulakan usaha ke arah ekonomi digital sejak tahun 2017 lagi. Bermula dari detik itu, pelbagai pelaksanaan, kerangka strategi serta pelan tindakan telah dirancang dan dilaksanakan,”katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap bagi menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak kali ke-25 yang memasuki hari ketiga, bertempat di Detar Putra, UNIMAS pada Rabu.

    Ketua Menteri menyampaikan Skrol Ijazah Sarjana Muda kepada graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di UNIMAS-Kredit CMO.

    Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri Sarawak komited dalam memberikan tumpuan kepada penyediaan infrastruktur di kawasan luar bandar dan pemodenan bidang pertanian sebagai hala tuju pembangunan di negeri ini.

    Untuk makluman, Konvokesyen UNIMAS ke-25 telah bermula pada Isnin lepas yang disempurnakan oleh Canselor UNIMAS, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

    Seramai 3,587 orang graduan menerima Ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda.

    Ketua Menteri turut menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak yang terdiri daripada dua kategori iaitu Penerima Anugerah (Kategori Bumiputera) dan Penerima Anugerah (Kategori Bukan Bumiputera) masing-masing diterima oleh Stephanie Arleen Apoi dan Ng Yi Xian.

    Turut hadir sama YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie; Pengerusi LPU dan YBhg Tuan Haji Mersal Abang Rosli; Pengarah Yayasan Sarawak.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Keputusan Pembinaan Lapangan Terbang Baharu di Tanjung Embang Mengambil Kira Laluan...

    0
    KUCHING, 20 JANUARI 2025 (SNN): Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti lokasi pembinaan Lapangan Terbang baharu yang terletak di Tanjung Embang Asajaya setelah menilai beberapa...