More
    Home Malaysia Kesesakan lalu lintas di Samarahan mampu diatasi selepas siap Projek Naiktaraf Lima...

    Kesesakan lalu lintas di Samarahan mampu diatasi selepas siap Projek Naiktaraf Lima Bulatan sepanjang Samarahan Expressway

    KOTA SAMARAHAN, 17 OKTOBER 2023 (SNN): Kerja-kerja menaik taraf lima bulatan di sepanjang Jalan Ekspres Kuching-Samarahan bernilai RM72.7 juta yang dijangka siap menjelang 10 Januari 2024 atau lebih awal akan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan.

    Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, kelima-lima bulatan itu dinaik taraf untuk penggunaan sistem lampu trafik pintar bersama dengan pembinaan laluan khas Sistem Transit Aliran Automasi (ART) bermula dari Rembus, Samarahan ke Kuching.

    “Kerja-kerja penambahbaikan itu sepatutnya dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan tetapi sekarang, kemajuan fizikalnya telah mencecah 85.2 peratus berbanding 40 peratus seperti yang dijadualkan.

    “Ini bermaksud projek sedang berjalan lebih awal sebanyak 44.92 peratus dan kita berterima kasih kepada pihak kontraktor diatas usaha dan komitmen mereka untuk menyiapkan projek walaupun sebelum ini berdepan dengan wabak Covid-19 yang menghalang kerja-kerja pembinaannya,” katanya semasa ditemui media di salah satu bulatan Jalan Ekspres Kuching-Samarahan pada Isnin.

    Datuk Ir. Aidel Lariwoo bersama rombongan melakukan tinjauan di salah satu tapak projek di Samarahan Expressway-foto UKAS

    Menurutnya, jalan raya tersebut bakal siap menjelang Januari 2024 atau lebih awal serta kerja-kerja penambahbaikan memakan masa akibat pelbagai kekangan terutama sekali faktor cuaca.

    Bagaimanapun, beliau berharap aspek keselamatan semasa kerja penambahbaikan itu dikawal sebaiknya oleh Jurutera Daerah (DE) yang juga merupakan Pegawai Penguasa (S.O) untuk projek tersebut.

    Jelas beliau lagi, menerusi tadbir urus sedemikian lebih mudah untuk mengarahkan pihak kontraktor meneliti dan memastikan tahap keselamatan semasa kerja penambahbaikan itu dipatuhi.

    Ia ekoran satu kemalangan berlaku Sabtu lalu apabila seorang Penghulu dari Kampung Tabuan Foochow maut selepas keretanya terhumban ke dalam parit monson berdekatan dengan bulatan ILP Samarahan.

    Beliau sendiri telah melawat tapak projek berkenaan untuk melihat secara dekat ciri-ciri keselamatan yang telah dilaksanakan termasuk pelan pengurusan trafik TNP.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...