More
    Home Sarawak Kuching Kesenian dan budaya masyarakat Melayu Sarawak bersinar di Konsert Getaran Kesenian Melayu...

    Kesenian dan budaya masyarakat Melayu Sarawak bersinar di Konsert Getaran Kesenian Melayu di Tebingan Sungai Kuching

    KUCHING, 09 JUN 2024: Kesenian dan keunikan budaya masyarakat Melayu Sarawak bersinar di Konsert Getaran Kesenian Melayu Sarawak yang berlangsung di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu.

    Bertemakan ‘tiada yang lama, tiada yang baru’, konsert anjuran Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dengan kerjasama Pertubuhan Seniman Bandarsah Kuching (PASBK) itu mempamerkan kekayaan warisan dan tradisi masyarakat Melayu di negeri ini menerusi dua segmen iaitu kontemporari dan tradisional.

    Dalam segmen kontemporari, semua lagu terkenal dari zaman 50an sehingga kini dipersembahkan oleh Orkestra PASBK dan Kombo PASBK.

    Manakala, penyanyi tanah air popular, Bob Yusuf dan penyanyi tempatan seperti Datuk Sarbanun Marican, Safar Ghaffar, Jamiah Lanbed, Firdaus Materang, Norafizah Busman, Shatila Kamil, Abdul Gapor Ros, Hazwani Alias, Dahlia Alias dan Nurhijrah Yahya pula dijemput bagi mendendangkan lagu berkonsepkan tradisional serta moden.

    Pada masa sama, konsert tersebut juga mengetengahkan enam seni irama Melayu iaitu Gendang Nopeng, Bangsawan, Tarian Zapin Bandarsah, Gurindam dan Syair termasuk Silat Pulut Sarawak dan Gambus Sarawak.

    YAB Premier Sarawak menyambut ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang turut sama menyerikan lagi majlis-foto Pejabat Premier Sarawak

    Turut hadir ialah isteri Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Konsulat Jeneral Republik Indonesia; Raden Sigit Witjaksono dan tetamu kenamaan yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...