More
    Home Malaysia Kesedaran terhadap isu kesihatan mental perlu di pandang serius oleh semua pihak

    Kesedaran terhadap isu kesihatan mental perlu di pandang serius oleh semua pihak

    MIRI, 13 OKTOBER 2022 (SNN): Isu kesihatan mental sering kali menjadi faktor kepada beban penyakit di seluruh dunia dengan ketara dan perlu ditangani dengan segera oleh semua pihak.

    Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, masyarakat perlu sedar bahawa kualiti hidup dan kesejahteraan keseluruhan berkait rapat dengan kesihatan mental diri.

    “Sudah tiba masanya untuk meningkatkan dan mempergiatkan usaha berterusan dalam memadamkan api stigma yang berkaitan dengan isu kesihatan mental,” ujarnya semasa berucap pada Program World Mental Health Day 2022 & National Counseling Month 2022 di Pustaka Miri pada Rabu.

    Sekitar Penganjuran World Mental Health Day 2022 di Pustaka Miri yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak.

    Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun ini ialah ‘Making Mental Health and Wellbeing for All a Global Priority’ manakala tema Bulan Kaunseling Kebangsaan ialah ‘Emosi Sejahtera Hidup Bahagia’.

    Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Miri, Unit Kaunseling Hospital Miri, Mental Health Association Miri serta Universiti Curtin Malaysia.

    Turut hadir Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Pejabat Kesihatan Bahagian Miri; Dr P. Raviwharmman Packierisamy, Pengarah Hospital Miri; Dr. Jack Wong Siew Yu, Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Miri; Dr. Ooi Soon Ming dan Ahli Majlis Bandaraya Miri; Jeffery Phang Siaw Foong.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...