More
    Home Malaysia Kesatuan Mahasiswa Anak Sarawak akan ditubuhkan bagi membantu anak Sarawak yang melanjutkan...

    Kesatuan Mahasiswa Anak Sarawak akan ditubuhkan bagi membantu anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung

    KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak bersetuju dengan penubuhan Kesatuan Mahasiswa Anak Sarawak dalam usaha membantu anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian mereka di Semenanjung Malaysia.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kesatuan berkenaan akan menjadi suara kolektif kepada semua penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia.

    Menurutnya, menerusi kesatuan itu kelak, kerajaan negeri dapat mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi penuntut IPT di Semenanjung Malaysia.

    “Kita sedar ramai pelajar Sarawak (penuntut IPT) yang menetap di luar kampus berdepan dan dibebani dengan kadar sewa yang agak tinggi. Jadi kita (kerajaan Sarawak) merancang untuk menambah sebuah lagi bangunan di Kuala Lumpur bagi menempatkan mereka dengan kadar sewa yang rendah.

    “Namun sebelum itu, kita akan mengenal pasti lokasi yang sesuai,” katanya dalam sesi ‘Town Hall’ bersama YAB Premier Sarawak sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, pada petang Sabtu.

    Premier Sarawak bergambar bersama anak Sarawak yang hadir dalam Lan Berambe di Ibu Kota.

    Sementara itu, Premier Sarawak menjelaskan, persefahaman antara kerajaan negeri dan pelajar juga dapat dimantapkan menerusi kesatuan tersebut.

    “Sebelum ini kerajaan negeri telah membantu pelajar-pelajar Sarawak yang dikuarantin semasa pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.

    “Kerajaan negeri juga membantu pelajar-pelajar Sarawak balik ke negeri ini dengan menyediakan peruntukan tambang penerbangan,” katanya.

    Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, kerajaan negeri akan mempertimbangkan utuk memberikan biasiswa kepada penuntut separuh masa dalam jurusan tertentu.

    Turut hadir, Tuan Yang Di-Pertua Sarawak; Tun Pehin Sri Haji Taib Mahmud dan isteri, Timbalan Premier Sarawak; Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kanan Kerja Raya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Lan Berambeh Anak Sarawak 2022; Dato’ Sri Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Menteri serta tetamu kehormat lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...