More
    Home Malaysia Kerjasama Singapura-Sarawak dalam penyaluran tenaga boleh diperbaharui antara perkara dibincang

    Kerjasama Singapura-Sarawak dalam penyaluran tenaga boleh diperbaharui antara perkara dibincang

    SINGAPURA, 31 JANUARI 2023 (SNN): Kerjasama Singapura-Sarawak dalam penyaluran tenaga boleh diperbaharui dan perdagangan karbon antara perkara yang telah dibawa untuk perbincangan antara Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatan dari Singapura pada Isnin.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata demikian dalam sidang media sebelum berangkat pulang ke Sarawak pada lewat petang Isnin.

    Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar tiba di Singapura pada pagi Isnin untuk lawatan rasmi pertama sehari beliau ke republik tersebut sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

    Dalam perbincangan tersebut Dato’ Seri Anwar telah membangkitkan isu mengenai cadangan pengeksportan tenaga elektrik dari Sarawak ke Singapura yang juga akan melibatkan persetujuan kerajaan Indonesia.

    Dato’ Sri Anwar Ibrahim mempengerusikan pra-mesyuarat bersama pegawai-pegawai Malaysia.

    Kabel elektrik bawah laut dari Tondong, Sarawak ke Singapura akan melibatkan jarak sepanjang 720 KM di mana sekurang-kurangnya 70 peratus laluan tersebut berada di perairan Indonesia melalui koridor Muri-Midai.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, jika menjadi kenyataan melalui projek tersebut dengan kos sehingga SGD 8 bilion, Sarawak berpotensi mengeksport sehingga 1,000 MW tenaga ke Singapura.

    Bagi pihak Sarawak, Dato’ Seri Anwar juga telah menyentuh mengenai potensi kerjasama perdagangan karbon antara pihak swasta Singapura dan Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari.

    Kerjasama tersebut ketika ini masih dalam peringkat perbincangan antara swasta Singapura dan Sarawak.

    Terdahulu, Premier Sarawak bersama deligasi dari Sarawak menyertai rombongan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong

    Turut hadir dalam sidang media itu ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan pegawai-pegawai kerajaan lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penganjuran Bazar Ramadan Uptown Desa Ilmu kali ini berkonsepkan ‘Green Market’

    0
    KOTA SAMARAHAN, 03 MAC 2025: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dengan kerjasama Persatuan Penjaja Uptown Desa Ilmu pada tahun ini menganjurkan Bazar Ramadan Uptown...