More
    Home Sarawak Kuching Kerjasama antara agensi di bawah kementerian MUT yang padu bantu tingkatkan mutu...

    Kerjasama antara agensi di bawah kementerian MUT yang padu bantu tingkatkan mutu perkhidmatan

    KUCHING, 24 MEI 2023 (SNN): Kerjasama dan usaha padu agensi kerajaan menjadi kekuatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat di negeri ini.

    Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, kementeriannya dan agensi berkaitan terus memberikan komitmen dalam menangani isu yang dihadapi oleh rakyat.

    “Rakan-rakan di agensi merupakan kerjasama yang begitu padu sekali kerana kerjasama ini sudah menampakkan hasil positif.

    “Inilah yang kita kehendaki kerana sesungguhnya perkara-perkara yang diuruskan adalah semua perkara harian yang perlu kita tangani.

    “Namun saya melihat kerjasama ini telah menjadikan perkara yang berat menjadi ringan seperti pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan ini menjadikan kerja-kerja kita dapat dikendalikan dengan mudah,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Makan Malam Penghargaan Dan Sambutan Pra-Gawai Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak di Kuching pada Selasa.

    Datuk Julaihi menyempurnakan majlis dengan upacara simbolik memukul gong.

    Datuk Julaihi menambah, peranan pihak kementerian perlu diperkasakan bagi menyokong dan membangunkan ekonomi Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

    Dalam masa sama, beliau turut berkesempatan memberikan setinggi penghargaan kepada pihak kementeriannya dan agensi yang telah bertungkus lumus membuat persediaan untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 kali ini.

    Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti & Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti & Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Hj Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak, Jafri Lias dan tetamu jemputan yang lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...