More
    Home Malaysia Kerja-kerja pembinaan Projek Benteng Laut Blok F bagi fasa 3 Sebuyau sudah...

    Kerja-kerja pembinaan Projek Benteng Laut Blok F bagi fasa 3 Sebuyau sudah dimulai-ADUN SEBUYAU

    SEBUYAU, 23 JANUARI 2022 (SNN) : Selepas selesai menghadiri majlis kesyukuran kemenangan GPS di DUN Sebuyau, Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi seterusnya hadir mendengar taklimat daripada jurutera DID Bahagian Samarahan mengenai tawaran kontrak dan bermulanya pembinaan projek benteng laut Blok F fasa 3 Sebuyau.

    Menurut beliau, Blok F Fasa 3 tersebut bersambung dari lokasi Blok F Fasa 1 iaitu bermula dari Balai Polis Sebuyau menghala ke pasar Sebuyau dan Sungai Galur ke kawasan belakang gerai dengan nilai keseluruhan projek sebanyak RM19.9 juta yang telah bermula pada 20 Januari 2022 dan siap sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau turut menjelaskan, kesemua kerja-kerja pembinaan benteng laut tersebut dijadualkan siap 24 bulan dari tarikh kerja kontrak bermula untuk kesemua blok bermula BLOK A, D, E dan F dengan keseluruhan panjang benteng berkenaan bermula dari Sebangan hingga ke Sg Rama, Sebuyau adalah 25 Kilometer.

    Datuk Julaihi (tengah) berkesempatan menyerahkan baju pasukan futsal bagi belia Sebuyau dan turut dihadiahkan sepasang jersi untuknya oleh wakil pasukan belia Sebuyau.

    Selesai sesi taklimat, pada sebelah petang pula Datuk Julaihi Narawi bergerak menghadiri sesi perjumpaan ringkas bersama belia dari Kampung Baru dan kampung sekitar di padang futsal bersebelahan dengan Pejabat Daerah Sebuyau.

    Dalam sesi tersebut, beliau berkesempatan menyampaikan dua set pakaian jersi sukan kepada beberapa kumpulan pasukan futsal belia kampung berkenaan sebagai tanda sokongan meningkatkan semangat bersukan dalam kalangan belia.

    “Ekoran daripada keperluan kemudahan yang lebih selesa untuk belia di kawasan Sebuyau bersukan, saya juga telah meluluskan peruntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menaiktaraf gelanggang futsal berkenaan agar dapat digunakan pada siang hari dan juga waktu malam,” ujarnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Wartawan di wilayah Sarawak di cadangkan mengikuti latihan profesional kewartawanan

    0
    KUCHING, 07 JANUARI 2025: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dicadangkan untuk menyertai Institut Akhbar Malaysia (MPI) sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan profesionalisme wartawan...