More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak umum peruntukan bernilai RM200 juta percepat proses baikpulih fasiliti sekolah...

    Kerajaan Sarawak umum peruntukan bernilai RM200 juta percepat proses baikpulih fasiliti sekolah dan klinik di luar bandar

    KUCHING, 23 JUN 2024: Kerajaan Sarawak mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta dalam usaha mempercepatkan kerja-kerja menaik taraf sekolah dan klinik daif yang dikenal pasti di kawasan luar bandar di negeri ini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, daripada jumlah tersebut, dana sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan khas kepada sekolah-sekolah daif, manakala RM100 juta lagi khas digunakan untuk menaik taraf klinik-klinik daif.

    “Kerajaan Sarawak telah menyediakan sebanyak RM100 juta masing-masing kepada sektor pendidikan dan kesihatan di kawasan luar bandar untuk menaik taraf fasiliti mereka,” jelas beliau.

    Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

    Perdana Menteri dan Premier serta Timbalan Premier menyempurnakan simbolik memukul gendang sebanyak 7 kali-foto UKAS

    Majlis yang merupakan acara kemuncak perayaan Hari Gawai 2024 itu telah diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.

    Menjelas lanjut, Datuk Patinggi Abang Zohari memberitahu, pelaksanaan projek naik taraf menggunakan dana ini perlu dilakukan dalam tempoh 18 bulan.

    “Ia hendaklah dilaksanakan dalam masa 18 bulan. Ini sudah tentu dapat mempercepatkan pembangunan sekolah daif dan juga klinik daif di luar bandar,” jelas beliau lagi.

    Sehubungan dengan itu, beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Dato Seri Anwar kerana telah bersetuju untuk membenarkan Sarawak menaik taraf fasiltiti pendidikan dan kesihatan di negeri ini menggunakan dana pendahuluan sendiri yang mana akan dibayar semula oleh Kerajaan Persekutuan.

    Jelasnya, perkara ini secara langsung akan memberikan impak positif kepada pembangunan fasiliti tersebut dari aspek keselesaan dan keselamatan serta sekaligus dapat menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

    Turut hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Kabinet Sarawak dan Kabinet Persekutuan, Ketua-Ketua Jabatan serta tetamu kenamaan yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 kini capai 85.16 peratus siap

    0
    SIBU, 28 JUN 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat terhadap keperluan bekalan air terutama bagi kawasan yang mengalami isu bekalan air mencukupi dengan...